berita

Nada Embun, Perumahan Terbaru Dengan Konsep Minimalis & Dilengkapi Sistem Smart Home

August 4th, 2023 | by Sya Alkaf
Kini Trending

Nak beli rumah bukanlah satu perkara yang mudah, ada banyak benda yang perlu korang ambil kira daripada segi kemampuan, lokasi sehinggalah kemudahan yang disediakan.

Yelah, rumah bukan nak duduk sekejap kan? Jadi kena lah pilih yang betul-betul sesuai. Haa.. Bagi memudahkan korang untuk pilih tu, min nak suggestkan satu kawasan perumahan terbaru, Nada Embun yang terletak hanya 5 minit dari Seremban 2.

Lokasi strategik, lengkap dengan sistem rumah pintar

Nada Embun yang terletak di Seremban 2 Selatan hanya memakan masa sekitar 30-50 minit jarak pemanduan dari pusat bandar Kuala Lumpur, Putrajaya, Puchong dan Bangi. Sesuai untuk korang yang bekerja di KL dan sekitarnya tetapi mahukan kawasan yang lebih tenang sebagai tempat tinggal.

Paling best semua rumah di Nada Embun dilengkapi sistem rumah pintar ataupun smart home. Lepas ni bila penat balik kerja boleh guna voice control untuk sebahagian peralatan di rumah korang. Canggih betul! Tak payah susah-susah nak pergi tekan suis lampu dah.

Sistem smart home ini turut merangkumi loceng pintu pintar, kunci digital, CCTV, pengcahayaan pintar serta motion sensors. 

Kawalan keselamatan juga tidak kurang hebatnya tau, Nada Embun dilengkapi dengan sistem keselamatan pelbagai peringkat termasuk kawalan kemasukan, rondaan keselamatan selama 24 jam dan CCTV yang beroperasi di keseluruhan kawasan Nada Embun.

Malah, penduduk bakal diberikan kad akses bagi mengawal kemasuka. Kawasan sekeliling juga turut dilindungi pagar perimeter bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin.

Berkonsepkan minimalis, lengkap dengan ruang rekreasi & pelbagai kemudahan      

Nada Embun adalah kediaman yang kondusif dan memenuhi gaya hidup masa kini dengan mengetengahkan konsep “less is more”.

Projek yang dikendalikan Seri Pajam Development ini dibina di atas tanah berstatus pegangan bebas seluas 238 ekar. Merangkumi sepuluh ekar kawasan hijau, lapan taman berkonsep, satu tasi rekreasi dan trek jogging.

Nada Embun dibina secara berfasa dengan fasa satu menampilkan teres satu tingkat dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air berkeluasan sekitar 1,199 kaki persegi.

Sementara fasa kedua pula mengetengahkan teres dua tingkat yang dilengkapi sistem rumah pintar macam min terangkan tadi. Untuk pilihan teres dua tingkat ia hadir dengan saiz lot berukuran 20’x60′ sementara keluasan binaan pula adalah sekitar 2,064 kaki persegi dan dijual pada harga permulaan RM522,000.

Fasa kedua ini turut menawarkan kelebihan tambahan bilik mandi bersambung untuk setiap bilik di dalam unit tersebut. Haa.. Tak ada lah kes berebut bilik mandi lagi, senang dah ada sorang satu :)

Kedua-dua fasa satu dan dua dilengkapi dengan kawasan anjung dan halaman belakang rumah yang luas dan selesa. Jadi, tak perlu dah nak buat pengubahsuaian sangat sebab pada min ia dah cukup perfect!

Bukan tu je, kawasan dapur, bilik mandi, anjung kereta dan sekitar rumah turut dilengkapi jubin penuh! Gerenti cantik dan mudah untuk dijaga!

Nada Embun turut menawarkan ruang rekreasi eksklusif untuk penduduknya merangkumi padang perkelahan, trek larian, taman permainan kanak-kanak, astaka pelbagai fungsi dan juga taman.

Hal persekolahan anak-anak pula tak perlu korang risau sebab Nada Embun terletak berhampiran dengan lebih 20 sekolah termasuk taska, pusat pembelajaran swasta, sekolah antarabangsa serta universiti.

Hospital dan perkhidmatan lain seperti bank, restoran dan pusat membeli-belah (AEON Seremban 2, Palm Mall dan MyDin Mall) juga terletak tidak jauh dari perumahan Nada Embun. 

Pelan pembayaran ansuran tanpa faedah tersedia untuk pembeli

Seri Pajam Development komited untuk membantu pembeli memiliki rumah idaman mereka, oleh itu syarikat tersebut menawarkan faedah pelan pembayaran ansuran tanpa faedah sehingga 36 bulan bersama program pelanggan setia.

Selain itu, pihak pemaju juga bakal menanggung duti setem untuk memorandum hak milik jadi pembeli tidak perlu menanggung kos pendahuluan seperti yuran guaman perjanjian jualan dan pembelian.

Dah tak sabar nak miliki rumah idaman korang? Jom layari laman web https://www.seripajam.com.my/nada-embun (teres satu tingkat) atau https://www.seripajam.com.my/2storey-nadaembun (teres dua tingkat) untuk maklumat lanjut atau klik je di SINI untuk berhubung dengan wakil jualan mereka.

SKIP THIS AD ×