
Pelakon Nadia Brian, berkongsi pendekatan yang diambil untuk menjaga kesihatan mental dalam menjalani kehidupan seharian yang sibuk bagi memastikan mindanya sentiasa positif.
Artikel Berkaitan: ‘Baru Tahu Pendosa Tidak Boleh Minta Doa’ – Nadia Brian
Artikel Berkaitan: Nadia Brian Mahu Hidup Berpasangan – ‘Nak Anak & Bahagia Berumah Tangga Hingga Hujung Nyawa’
Jaga solat
Ketika ditemui OhBulan!, Nadia atau nama lengkapnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi 34, berkongsi bahawa mendirikan rukun Islam yang kedua iaitu solat adalah salah satu cara untuk mendapatkan ketenangan jiwa dan melepaskan tekanan.
Bagi Nadia, setiap rakaat ibadah bukan sekadar kewajipan, tetapi ia adalah peluang untuk menguatkan hubungan kerohanian dengan Allah SWT.
Solat adalah cara saya untuk memulihkan semula mental. Solat boleh recharge semuanya.
Ketika kita melalukan ibadah, kita seolah-olah sedang ‘berdating’ dengan Allah lima kali sehari.
Sebenarnya kalau rasa stres, ambil air wuduk pun sudah rasa lega.
Mak saya pun sering bertanya sama ada sudah solat atau belum dan saya telah dididik tentang itu sejak dari dahulu.
Nadia berkata demikian ketika ditemui di sesi temu bual bersama selebriti dan tenaga pelajar TV Tuisyen yang berlangsung di Balai Berita, pada Isnin.
Support system
Selain itu, kehadiran keluarga dan rakan-rakan juga banyak membantu Nadia untuk menguatkan semangatnya.
Menurut Nadia, sokongan daripada mereka bukan sahaja meningkatkan motivasi, malah dirinya juga mendapat kestabilan emosi terutama ketika menghadapi cabaran dalam kerjaya dan kehidupan peribadi.
Saya banyak berkongsi dengan kawan-kawan, dari rakan sekolah sehingga ke universiti dan sampai sekarang kami masih berhubung.
Saya sangat bersyukur kerana dikelilingi dengan support group yang banyak menolong.
Mendekatkan diri dengan orang tersayang juga dapat membantu emosi dan spiritual saya.
Alhamdulillah, saya pun banyak sibukkan diri dengan kerja jadi tidak ada sebarang masalah yang terlalu menjejaskan mental saya.
Dalam masa yang sama, pelakon drama Lelaki Itu berkata, berdoa dan mendirikan solat adalah cara terbaik untuk melegakan stres selain membina kekuatan dalaman.
Semua orang mengalami stres tetapi kita kena cuba untuk elak dan tidak berlanjutan sehingga menjadi depresi.
Setiap manusia ada dugaan dan titik terendah dalam hidup masing-masing, tetapi mengadu masalah kita kepada Sang Pencipta adalah cara yang terbaik.
Dalam perkembangan lain, Nadia bersama beberapa selebriti lain antaranya Cristina Suzanne, Elisya Sandha, Adam Lee, Zara Zya, Syafi Tee, Juliana Evans dan Wanie Kayrie menjadi antara tenaga pengajar di platform penstriman pendidikan iaitu TV Tuisyen.
Inisiatif baharu ini bukan sekadar platform pembelajaran kelas tambahan biasa, tetapi sebuah revolusi pendidikan digital yang direka khas untuk memperkasakan pelajar sekolah menengah Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 bagi mengisi jurang pendidikan dalam talian.