Desas desus mengenai pergolakan rumah tangga pelakon terkenal, Nadia Brian dan suami, Muizz Nasruddin telah menjadi bualan hangat di media sosial.
Terbaru, Muizz Nasruddin telah membuka mulut menjawab segala dakwaan berhubung isu rumah tangganya bersama isteri yang telah terbina pada 9 November tahun lalu.
Masih bergelar suami isteri
Menerusi laporan yang dipetik daripada Berita Harian, Muizz Nasruddin mengakui sudah tidak tinggal sebumbung bersama isteri sejak tiga bulan yang lalu tetapi mereka masih berstatus suami isteri sehingga ke hari ini. Pergolakan rumah tangga mereka disedari peminat apabila melihat pasangan ini tidak lagi berkongsi foto mereka bersama di laman Instagram.
Kami masih suami isteri, ketika ini. Cuma, saya dan Nadia sudah tidak tinggal sebumbung sejak hampir tiga bulan lalu. Saya tak pernah menghalau Nadia keluar pada dari rumah. Malah, saya berkali-kali mengajak Nadia untuk kembali tinggal bersama. Namun, isteri menolak dan membuat keputusan untuk tinggal di rumah ibunya.
‘Semuanya hanya sia-sia’
Malah perkongsian satu gambar Muizz di Instagram dengan kapsyen seperti dirinya ‘dikhianati’ semakin menguatkan lagi dakwaan yang menimpa rumah tangga mereka. Malah, dia juga mengakui kapsyen yang ditulisnya itu adalah benar.
Entri saya dalam IG bukan cerita rekaan. Saya memang dihina, dihalau, dikhianati dan dianiayai. Saya cuba menghubungi ibu dan keluarganya untuk menyelesaikan masalah antara saya dengan Nadia dengan baik. Namun, semuanya hanya sia-sia. Saya sedaya upaya mahu menyelamatkan rumah tangga, tetapi Nadia tidak mahu memberi kerjasama.
Nadia bukan curang dengan seorang, tetapi dua lelaki. Saya ada bukti yang cukup. Saya berada dalam posisi yang betul.
Lebih mengejutkan apabila Muizz memberitahu dia sangat kecewa selepas menerima satu video yang menunjukkan kecurangan Nadia Brian. Sementara itu, Nadia enggan mengulas lanjut mengenai hubungan rumah tangganya dan menganggap ianya satu perkara yang sangat peribadi untk dikongsikan kepada umum.
Sumber: Berita Harian, Muizz Nasruddin