berita

Nadiya Nisaa Akui Personaliti Diri Hilang Kerana “Adam & Hawa”

January 11th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Screen-Shot-2013-01-11-at-10.26.03-AMSemalam merupakan episod terakhir drama bersiri ‘Adam & Hawa’ yang selama ini telah bersiaran hampir 80 episod menerusi saluran Astro Mustika HD 134 setiap hari Isnin hingga Khamis, pada jam 10 malam.

Namun begitu, sewaktu bertemu dengan pelakon utama yang memegang watak sebagai Ain Hawani, Nadia Nisaa telah melahirkan rasa lega dan berpuas hati dengan lakonannya kerana drama tersebut mendapat respon positif daripada semua pihak.

“Akhirnya saya dapat kembali kepada dunia realiti dan saya berpuas hati 100% dengan lakonan tersebut. Untuk drama ini saya telah beri kepercayaan sepenuhnya kepada pengarah. Lagipun keserasian antara pelakon-pelakon dalam drama ini dapat diserapkan dengan baik dalam diri setiap pelakon.”

“Disebabkan terlalu menjiwai watak Ain Hawani, saya sampai tak sedar siapa diri saya dan personaliti diri sendiri hilang, sampaikan pergi ke mana-mana semua orang panggil saya dengan panggilan Ain Hawani.”

“Saya tak akan biarkan fenomena ini berterusan sebab selepas ini saya pun ingin berlakon dan bawa watak yang lain pula,” ujar Nadia Nisaa sambil tersenyum.

Mengulas lebih lanjut mengenai watak Ain Hawani yang banyak memberi impak di dalam diri Nadia Nisaa, pelakon ini turut berkongsi rasa teruja tatkala pelakon hebat, Fauziah Nawi menghubunginya pada lewat malam semata-mata untuk memuji lakonan mantapnya menerusi drama bersiri tersebut.

“Impak yang saya terima setelah berlakon dalam drama ini adalah orang ramai mula kenal saya. Saya rasa paling seronok apabila Singapura dan Brunei membuat permintaan untuk tayangkan drama ini di negara mereka dan itu adalah pengalaman yang tak boleh saya lupakan.”

“Kalau nak tahu, ada satu malam tu saya dapat panggilan daripada ibu Fauziah Nawi, masa tu dia telah memuji lakonan saya menerusi drama ‘Adam & Hawa.’ Saya tak jangka akan mendapat pujian daripada pelakon hebat seperti ibu Fauziah Nawi.”

Memandangkan gandingan mantap antara Nadia Nisaa dan Aaron Aziz berjaya memikat hati peminat, jadi timbul juga persoalan dikalangan pihak media, adakah selepas ini Nadia Nisaa akan lebih memilih untuk berlakon di samping pelakon yang hebat sahaja?

“Saya tak memilih untuk berlakon dengan sesiapa, tapi kalau boleh biarlah pelakon tersebut boleh bagi ‘extra energy’ daripada saya. Saya pun baru dalam bidang ini, jadi kalau boleh saya nak pasangan pelakon yang lebih berpengalaman daripada saya.”

SKIP THIS AD ×