

Pelakon Nadiya Nissa akui tertekan apabila penonton meletakkan harapan tinggi padanya untuk menjayakan sesebuah watak yang diamanahkan.
Artikel Berkaitan: ‘Setiap Pelakon Ada Cabaran Menghidupkan Watak, Hujung Pangkal Ia Terletak Kepada Niat’ – Nadiya Nisaa
Artikel Berkaitan: Nadiya Nisaa ‘Starstrucked’ Bergandingan Dengan Hisyam Hamid – ‘Dia Kacak Sangat’
Persiapan berlakon

Ketika ditemui OhBulan!, Nadiya atau Nadiyatul Nisaa Kamaruddin, 40, berkata, usaha dalam menjayakan watak untuk sebuah drama adalah sukar jika tiada persediaan.
Tambahnya, ‘chemistry’ antara pelakon dan pengarah juga penting.
Sangat pressure bila orang ada high expectations.
Tapi semua itu awal-awal saja. Bila kita tak buat persediaan, pressure itu akan rasa.
Chemistry antara pelakon penting, sama dengan pengarah.
Saya rasa sangat penting untuk jaga hubungan dengan pengarah.
Nadiya berkata demikian ketika ditemui di Balai Berita, Bangsar pada Selasa.
Rehat berlakon

Berkongsi lebih lanjut, Nadiya memaklumkan bahawa dirinya bakal berehat panjang daripada menerima tawaran berlakon.
Menurut aktres berusia 40 tahun itu, dia ingin fokus pada keluarga dan perniagan miliknya.
Untuk drama yang saya sedang kerja sekarang pun ambil masa selama tiga bulan.
Drama memerlukan komitmen yang lama. Jadi, mungkin lepas ini saya akan berehat.
Saya rasa adil untuk saya berehat panjang.
Dalam pada itu, Nadiya menjangkakan dia bakal berehat pada akhir bulan Julai setelah komitmen kerja diselesaikan.





![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)
![[VIDEO] Tahi Mata Boleh Jadi Punca Solat Tak Sah, Ini Penjelasan Imam Mohamad Zaid](https://asset.ohbulan.com/2026/08/tahi-mata.jpg)

