Pelakon dan juga suami kepada aktres Ardell Aryana iaitu Nadzmi Adhwa meluahkan rasa gusar kerana tidak mengetahui status keselamatan isterinya itu selepas beberapa buah bot misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla telah dipintas oleh tentera Israel.

Artikel Berkaitan: ‘Mereka Makin Dekat Dengan Bot Kami’ – Live Ardell Aryana Terputus Lagi

Artikel Berkaitan: ‘Mereka Sebut See You In Jail, Saya Orang Last Akan Lempar Telefon’ – Ardell Aryana

Keadaan Ardell

Menerusi hantaran terbaharu di laman Threads, Nadzmi bertanya kepada warganet mengenai perkembangan terkini tentang Ardell.

Dalam masa yang sama, pelakon berusia 33 tahun itu turut mengakui dia di dalam kebingungan kerana terputus komunikasi dengan isterinya.

Selepas sesi siaran langsung SOS Ardell subuh tadi, sampai sekarang awak semua dapat apa-apa kemas kini tentang isteri saya tak?

Sebab saya masih dalam kebingungan.

Perkongsian netizen

Walau bagaimanapun, di ruangan komen terdapat segelintir warganet yang berkongsi mengenai status bot yang dinaiki Ardell iaitu Mikeno.

Difahamkan bot tersebut masih berlayar menuju ke Gaza tetapi di dalam keadaan yang perlahan.

Dalam masa yang sama, mereka juga mendoakan agar Ardell dan kesemua peserta misi kemanusiaan tersebut selamat dan bantuan dapat diberikan kepada saudara Islam di sana.

Untuk makluman, beberapa warga Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan tersebut telah ditahan antaranya Zizi Kirana, Zulfadhli, Rusydi Ramli, Musa Nuwayri, Muaz Zainal, Haikal Abdullah, Iylia Balqis, Sul Aidil dan yang terbaharu dikongsikan akaun tersebut ialah Norfarahin Romli (Farah Lee) dan Danish Nazram.

Sumber: Threads