berita

Nafi Beri Bayangan Konflik Rumah Tangga, Nad Zainal Terganggu Dengan Spekulasi – ‘Tiada Orang Ketiga!’

September 6th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Baru-baru ini, pelakon Nad Zainal mengejutkan ramai orang setelah mengesahkan dia bercerai dengan suami, Muhammad Faliq Amiruddin, selepas tujuh tahun melayari bahtera rumah tangga.

Artikel Berkaitan: Nad Zainal Bercerai, Reda Perkahwinan Hanya Bertahan Tujuh Tahun

Tak ada hati cakap terus

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Selepas itu, tular video temubual Nad dengan program HLive pada Julai lalu yang didakwa memberi bayangan mengenai konflik rumah tangga di media sosial.

Saya cakap dengan pasangan saya, if you tak ada hati then cakap terus dengan saya. Tak payah nak tipu-tipu.

Sebab saya tak nak tau daripada orang lain… So, sekarang ni saya tak kisah lah kaya ke, miskin ke, rupa elok ke, tak elok ke kalau saya… saya tak ada nak pujuk-pujuk dah, just go lah.

Lagipun I malas nak gaduh-gaduh. Yang penting sekarang anak-anak saya.

Henti sebar spekulasi tidak betul

Bagaimanapun, pelakon berumur 32 tahun menafikan spekulasi itu dan menjelaskan interviu berkenaan isu kecurangan rumah tangga dalam drama Dendam Seorang Isteri.

Berikutan video temuramah yang tular.. Ramai membuat spekulasi saya memberi bayangan tentang keadaan rumah tangga saya sebelum ini.

Yang di mana tidak benar. Tolong henti.. Itu hanya temuramah berkenaan isu kecurangan rumah tangga rentetan dari tayangan akhir Dendam Seorang Isteri.

Saya terganggu dengan spekulasi yang berbangkit. Tolong henti.

Tegas pemilik nama Farah Nadia Zainal Abidin, keretakan rumah tangganya bukan berpunca dari ‘penyondol.’

Tiada orang ketiga. Tiada apa yang terjadi. Tidak perlu dikongsi. Tiada apa yang perlu diambil sebagai contoh. Let’s move on.

Sebelum ini, Pelakon Drama Wanita Terbaik, Anugerah Skrin 2018 berkata mereka masih berkawan baik demi anak-anak namun enggan mengulas lanjut.

Terdahulu, Nad dan Muhammad Faliq mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, 1.

Sumber: Instagram @officialhlive & @nad.zainal

SKIP THIS AD ×