berita

Nafi Gosip Pernah Tidur Dengan Kajol, Shah Rukh Khan Akui Tak Tertarik Dengan Perempuan Cantik

November 16th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan tampil menjawab dakwaan netizen berhubung isu pernah berlaku curang dengan Kajol, beberapa tahun yang lalu.

Anggap macam anak saudara

Menerusi Times Of India, Shah Rukh Khan meluahkan rasa marah dan tersinggung apabila gosip tidak benar mengenai dirinya dan Kajol ‘tidur bersama’ viral kembali di media sosial. Tambah Shah Rukh Khan, dia dan Kajol merupakan sahabat baik malah, dia turut menganggap Kajol seperti anak saudaranya sendiri.

Kajol dan saya? Dia anak perempuan Bibi Tanuja, adik perempuan saya. Bahkan, Gauri menyukainya. Saya kerja dengan Juhi Cawla, Madhuri Dixit, Manisha Sonali, Shilpa dan Urmila tidak pernah tidur dengan mereka. Saya tidak pernah tidur dengan Kajol.

Ujar Shah Rukh Khan, dia tidak pernah tertarik kepada wanita hanya kerana mempunyai raut wajah yang cantik. Jelas Shah Rukh Khan lagi, dia tertarik kepada wanita yang mempunyai karakter, kecerdasan dan semua yang dimiliki oleh isterinya.

Saya bukan gay

Saya bukan gay. Tapi saya tidak terangsang pada perempuan yang cantik. Saya lebih tertarik kepada karakter, kecerdasan dan Gauri memiliki semua itu. Jadi kenapa harus mengejar perempuan lain.

Pelakon ‘Kuch Kuch Hota Hai’ itu turut menegaskan bahawa jika benar dirinya ingin berlaku curang, tiada siapa yang akan mengetahuinya kerana dia seorang pelakon yang bagus dan bijak untuk menyembunyikan perkara itu.

Kalau saya curang, siapa pun tidak akan tahu. Saya terlalu pintar dan aktor yang bagus untuk membiarkan dunia tahu apa yang sedang terjadi. Cukuplah dengan khabar angin ini. Saya berhenti berlakon kalau gosip dengan Kajol masih berterusan.

Sumber: Times Of India

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×