Baru-baru ini kecoh perihal Yuna dan Usher berpelukan selepas selesai berduet melantunkan lagu ‘Crush’ dalam rakaman sebuah konsert di Philadelphia. Yuna dikecam hebat oleh netizen yang merasakan perbuatan tersebut tidak sesuai dengan imejnya sebagai wanita Muslim yang berhijab. Tidak kurang juga yang membelanya dan menganggap perkara tersebut tidak wajar dikontroversikan, lebih-lebih lagi apabila banyak adegan berpelukan antara bukan muhrim ditayangkan dalam drama televisyen tempatan.
Sebagai salah seorang penyanyi tempatan yang menempa nama di luar negara, Shila Amzah menyatakan pendapatnya tentang perkara ini melalui tweet yang dimuatnaik di akaun Twitternya. Pun begitu, pernyataan Shila Amzah telah ‘diputar belit’ sehingga menyebabnya pelantun lagu Patah Seribu ini berang. Apa cerita sebenarnya ni?
Gara-gara tweet yang dimuatnaik Shila diatas, sebuah portal telah menulis artikel dengan tajuk seolah-oleh Shila mempertahankan Yuna dan menganggap perbuatan berpeluk sesama bukan muhrim itu perkara biasa. Pun begitu, Shila tidak menafikan bahawa adegan sedemikian sudah berlambak di kaca televisyen.
“Jangan Nak Bodoh Piang Sangat!”
Shila kemudiannya memuatnaik status Twitter menafikan tajuk artikel tersebut dan menegaskan bahawa pernyataannya dalam tweet terdahulu telah diputar belit. Marah betul Shila bila orang twist apa yang dia cakap… huhu.
Respon Yuna Apabila Dikecam Isu Berpelukan…
Ramai mengatakan Yuna telah cuba mengelak daripada berpelukan dengan Usher, tapi iya lah, orang barat mana faham dengan budaya dan agama kita. Admin belanja video konsert tersebut kat bawah ni untuk korang nilaikan sendiri. Rasanya daripada buang masa bash Yuna ataupun Shila Amzah, baik masing-masing perbaiki diri dan doakan yang terbaik sesama Muslim, tak gitu?
Sumber: Twitter dan Youtube