
Pelakon Nafiez Zaidi mengakui tidak mengambil tahu tentang percintaan bekas kekasih, Fify Azmi bersama pelakon Niezam Zaidi.
‘Mungkin mereka ada masalah dalaman’
Ketika ditemui OhBulan!, Nafiez atau nama lengkapnya Abdul Nafis Abduzaidi, 33, berkata, dia tidak mengikuti perkembangan Fify selepas mereka berpisah dan lebih selesa untuk tidak mencampuri urusan peribadi sesiapa.
Sebenarnya saya tak tahu apa-apa dan tak nak ambil tahu.
Saya hanya tahu berita dari jauh sahaja, baca laporan dari media dan sebagainya. Saya tidaklah sampai stalk.
Tambah pelakon filem Martabat: Misi Berdarah ini lagi, sejak hubungan mereka berakhir, dia dan Fify tidak pernah lagi berhubung, termasuk melalui media sosial.
Selepas berpisah, kami juga tak pernah berhubung, termasuk di media sosial.
Nafiez berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Martabat: Misi Berdarah di Mid Valley, baru-baru ini.
Bagaimanapun, apabila mendapat tahu mengenai berita perpisahan pasangan itu, Nafiez mengakui terkejut, namun enggan masuk campur.
Apa yang saya tahu sebelum ini, mereka (Fify dan Niezam) bahagia dan dengarnya dah merancang untuk ke fasa seterusnya.
Tiba-tiba dapat berita perkara itu (Fify dan Niezam putus). Saya terkejut lah tapi saya tak nak menyibuk urusan orang.
Mungkin mereka ada masalah dalaman mereka sendiri.
Dalam pada itu, Nafiez turut mendokan yang terbaik buat Fify dan Niezam.