
Pelakon Nafiz Muaz tidak berkecil hati meskipun belum berpeluang memegang watak utama walaupun sudah sedekad mengukuhkan nama dalam industri seni.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Masih Seorang Suami & Ayah’ – Nafiz Muaz Nafi Rumah Tangga Bermasalah, Pantun Curang Hanya Konten
Artikel Berkaitan: Pantun Nafiz Muaz Curi Perhatian – ‘Dia Sendiri Yang Curang, Lepas Itu Acah Tersakiti’
Tak kisah tak pegang watak utama

Ketika ditemui OhBulan!, Nafiz atau nama penuhnya Muhd Nafiz Muaz Mat Nasir menganggap kemunculan pelakon baharu yang cepat mencipta nama dalam industri sebagai rezeki yang telah ditentukan buat mereka.
Tambah Nafiz, fokusnya hanyalah memberikan yang terbaik dalam menjayakan setiap watak yang diamanahkan kepadanya.
Bagi saya, itu rezeki mereka. Siapalah saya untuk mempersoalkan peluang yang orang lain dapat.
Tugas saya sebagai pelakon adalah untuk memberikan sokongan.
Tidak kiralah pelakon itu baharu atau lama, saya akan cuba bantu selagi mereka tidak melanggar disiplin di set penggambaran.
Nafiz berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Eksklusif Yes! Captain Zul Aaryan yang berlangsung di TGV, KLCC, baru-baru ini.
Mengulas lanjut mengenai kerjayanya, Nafiz mengakui dia tidak pernah meletakkan sasaran untuk memegang watak utama meskipun sudah lama bergelar anak seni.
Menurut pelakon berusia 27 tahun itu, dia hanya memberi tumpuan kepada setiap tawaran yang diterima kerana percaya kejujuran dalam bekerja akan membuahkan hasil yang baik.
Niat awal saya masuk bidang seni untuk berlakon. Saya bukan mahukan watak utama sahaja.
Saya tahu nama saya agak lambat untuk naik walaupun sudah 10 tahun bertapak dalam industri.
Tapi saya percaya pada rezeki dan kejujuran dalam bekerja. Kita buat saja tanpa terlalu fikir nak ke sana atau ke sini.
Selagi orang masih mempercayai bakat saya, saya akan cuba buat yang terbaik, Insya-Allah.








