Pernah tak korang rasa macam susah betul nak jaga kulit wajah? Dah cuba macam-macam produk pun tetap juga tak dapat kulit berseri, sihat dan awet muda seperti korang impikan.
Sebenarnya ada cara mudah sangat tau, tak perlu habis duit banyak pun dan paling penting boleh buat dekat rumah je. Jimat!
Rahsianya adalah korang tak perlukan produk skincare berlebihan
Skincare adalah perkara paling penting, pastikan korang pilih produk bersesuaian mengikut keperluan kulit masing- masing dan tak perlu pun guna banyak produk sekaligus.
Cukup dengan penjagaan asas seperti pencuci muka, serum, pelembap serta sunscreen.
Kalau tak tahu nak pilih serum yang macam mana boleh cuba dua produk Hada Labo yang min sendiri love teruk sebab ianya diformulasi dengan bahan-bahan berkualiti dengan mengetengahkan konsep minimalis.
H.A. Supreme Vita Brightening Booster Serum & H.A. Supreme Retin Lifting Booster Serum untuk kulit yang lebih cerah, berseri & awet muda
Minimalis di sini bermaksud kedua-dua produk ini mengandungi bahan-bahan penting sahaja tanpa sebarang tambahan alkohol, minyak mineral, pewangi atau pewarna.
Haa.. Hanya dengan dua langkah sahaja korang boleh capai kulit yang lebih cerah, berseri serta awet muda. Mudah kan?! :))
H.A. Supreme Vita Brightening Booster guna pada siang hari
HA Supreme Vita Brightening Booster Serum adalah serum mencerahkan kulit yang mampu menyelesaikan masalah kulit korang lebih laju berbanding serum biasa berikutan formulasi hebatnya. Kenapa min kata hebat? Sebab ia hadir dengan formulasi suntikan pencerah. YA! sehebat suntikan tau! Memang berkesan untuk cerahkan kulit dan meratakan tona tak sekata.
Kelebihan lain:
- 5% Niacinamide, Vitamin B12 & 4 jenis Asid Hyaluronik
- Mampu menembusi sehingga 1.5mm lapisan dermis
- Mengurangkan parut gelap dan bekas jerawat sehingga 48% untuk kulit yang terlihat lebih sihat
- Tekstur yang ringan untuk penyerapan segera
- Sesuai untuk semua jenis kulit
Cara penggunaan: Ratakan serum pada kulit wajah yang bersih sebelum menggunakan pelembap pada siang hari.
H.A. Supreme Retin Lifting Booster Serum untuk malam
Korang tak perlu risau lagi tentang tanda penuaan dan kulit berkedut kerana serum HA Supreme Retin Lifting Booster Serum ni bukan sebarangan serum tau, ianya adalah serum level up yang mempunyai kadar penyerapan dan penembusan lebih tinggi bagi menyelesaikan masalah tanda penuaan pada kulit wajah dalam kadar masa yang lebih singkat.
Kelebihan lain:
- Mengandungi peptide complex dan retinol derivative bagi mengembalikan keanjalan kulit daripada garis kendur demi mencapai kulit yang lebih awet muda
- Diperkaya dengan 4 jenis Asid Hyaluronik bagi menghidratkan kulit secara lebih efektif
- Tekstur yang ringan untuk penyerapan segera
Cara penggunaan: Ratakan serum pada kulit wajah yang bersih sebelum menggunakan pelembap pada malam hari.
Dah tak sabar nak cuba sendiri HA Supreme Vita Brightening Booster Serum dan H.A. Supreme Retin Lifting Booster Serum? Korang boleh buat pembelian online di SINI ataupun boleh beli terus di rangkaian farmasi, Watsons dan Guardian berhampiran korang.
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Produk Hada Labo korang boleh layari laman web rasmi mereka di SINI atau terus ke Facebook mereka di Facebook.com/MYHadaLabo