Seramai 10 individu termasuk lapan yang menaiki pesawat ringan dipercayai maut selepas terhempas di Elmina, Seksyen U16, petang Khamis.
Anak arwah berusia 8 tahun
Di TikTok, seorang individu berkongsi momen pilu ahli keluarga salah seorang mangsa tragedi iaitu Sharipuddin Bin Shaari yang tiba di hospital untuk membuat pengecaman mayat.
Al-fatihah kepada pemandu Almera putih iaitu Sharipuddin Bin Shaari, pak cik kepada kenalan saya yang terkorban akibat terhempas tepat pada kereta.
Anak arwah baru berusia lapan tahun dipangku mak saudara ketika ibunya membuat pengecaman mayat ayahnya.
Tidak dapat digambarkan perasaan sedih yang ditanggung keluarga mangsa apabila kehilangan insan tersayang yang juga merupakan orang kuat dalam keluarga.
Tolak tempahan penumpang
Sementara itu, Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Razaruddin Husain berkata, pemandu e-hailing yang terbabit dalam nahas pesawat terhempas semalam, dipercayai tidak membawa sebarang penumpang ketika kejadian.
Pemandu kereta (e-hailing) itu sebenarnya telah menolak tempahan penumpang dari jam dua petang. Kita sudah semak dengan pihak Grab dan mangsa memang menolak tempahan penumpang. Jadi kita mengesyaki bahawa mangsa hanya bersendirian sahaja.
Bagaimanapun, pihaknya masih menunggu keputusan laporan ujian DNA yang dijalankan terhadap cebisan mayat yang ditemui.
Video
@dell.yunus Al-Fatihah Sharipuddin bin Shaari pakcik kpd kenalan saya terkorban akibat pesawat terhempas tepat pd kereta nya.. #fyp #elmina #fypdongggggggg #fyp? #pesawat ? Kemarin_Seventeen – GP Records
Sumber: TikTok, RedzuanNewsMPB