berita

Nahas Tujuh Kenderaan Ragut Empat Nyawa

July 14th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki dan tiga wanita maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan tujuh buah kenderaan di Kilometer (km) 277.1 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, dekat Ipoh, Perak petang semalam (Rabu).

Kemalangan babitkan 7 kenderaan

Menurut Jurucakap Jabatan Balai Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan sekitar jam 3:02 minit petang.

Setibanya jentera di lokasi didapati kemalangan membabitkan tujuh kenderaan iaitu sebuah lori treler dan enam kereta sedan.

Pasukan bomba dan penyelamat kemudian mengeluarkan keempat-empat mangsa yang tersepit di dalam kenderaan menggunakan peralatan khas. Tambahnya lagi, kesemua mangsa iaitu seorang lelaki dan tiga wanita disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan.

Mangsa kemudian diserahkan kepada polis dan operasi tamat sepenuhnya pada 4.16 petang.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×