berita

Naik Mendadak, 62 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini Cetus Kebimbangan

September 7th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Facebook, Dr Noor Hisham Abdullah hari ini memaklumkan jumlah kes baharu Covid-19 di Malaysia telah meningkat sebanyak 62 kes. Manakala, tiada kematian yang dilaporkan setakat hari ini.

Kes positif mengikut negeri

Menurut Dr Noor Hisham, pertambahan 62 kes tersebut berlaku di Sabah, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur.  Di Sabah, 50 kes yang dikesan positif Covid-19 merupakan dari kluster Benteng Lahad Datu. Kluster ini telah dikenal pasti pada 1 September lalu. Ia dipercayai bermula dari dua orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang ditahan di Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, Sabah pada 24 Ogos 2020.

Mereka disaring dan didapati positif Covid-19 pada 31 Ogos 2020. Kes dimasukkan ke Hospital Lahad Datu dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat dijalankan. Susulan daripada itu, seramai 1,404 orang telah disaring dan 66 kes positif Covid-19 berjaya dikesan. Daripada 66 kes tersebut, sebanyak 64 kes melibatkan banduan manakala dua lagi kes merupakan seorang pegawai penjara dan anak saudaranya.

Ujar beliau lagi, faktor penularan Covid-19 bagi kluster ini dipercayai berpunca daripada ruang lokap yang sesak dan sempit. Penjarakan fizikal juga tidak diamalkan. Oleh itu, ia telah menyebabkan penularan jangkitan wabak tersebut.

Sumber: Dr Noor Hisham

SKIP THIS AD ×