berita

Najib Hadapi 21 Pertuduhan Babitkan RM2.8 Bilion

September 20th, 2018 | by faris
Kini Trending

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan dihadapkan ke muka pengadilan jam 3 petang ini.

Menurut Berita Harian, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menahan Najib di pekarangan ibu pejabat Unit Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman di Menara KPJ, hari ini setelah mendapat persetujuan daripada Jabatan Peguam Negara.

Babit 2.8 bilion

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata Najib akan dikemukakan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk proses pertuduhan oleh Timbalan Pendakwa Raya mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFA) 2001.

Katanya, bekas Perdana Menteri itu akan menghadapi sebanyak 21 pertuduhan membabitkan AS$681 juta (RM2.8 bilion).

Sembilan dan lima pertuduhan masing-masing membabitkan penerimaan wang haram dan penggunaan wang haram.

Tujuh pertuduhan lagi membabitkan pemindahan wang haram ke entiti lain. Tangkapan dan pertuduhan ini dilakukan dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Polis, SPRM kerjasama bantu siasatan

Sebelum itu, Najib dibawa ke ibu pejabat AMLA untuk merakam percakapannya berkenaan siasatan mengikut Seksyen 4(1) AMLATFA 2001.

Kehadiran bekas Perdana Menteri ke ibu pejabat itu bagi membantu siasatan oleh pihak polis yang bekerjasama dengan pasukan penyiasat SPRM berhubung siasatan kes sama.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×