berita

Najib Mungkin Dapat Pengampunan Lepas Masuk Penjara – Tun Mahathir

August 25th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Susulan keputusan mahkamah yang memberi hukuman 12 tahun penjara terhadap bekas Perdana Menteri, Najib Razak, ahli politik veteran negara, Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat bahawa Najib berkemungkinan besar bakal diberikan pengampunan.

Tidak mengulas lanjut

Dalam satu kenyataan, Mahathir berkata bahawa Perdana Menteri Ke-6 itu mempunyai kebarangkalian yang besar untuk menerima pengampunan, namun tidak mengulas lanjut.

Untuk Najib, besar kemungkinan dia akan diampunkan selepas masuk penjara.

Mahathir yang ‘menang besar’ pada pilihan raya 2018 itu dan menjadi punca kejatuhan Najib berkata, telah banyak kali perbicaraan ditunda yang telah menafikan keadilan.

Terdahulu, Istana Negara telah menerima satu petisyen daripada pengikut Najib yang memohon agar Ahli Parlimen Pekan itu diberi pengampunan, namun tiada respon daripada istana.

Sehingga kini, pihak istana juga tidak memberi respon kepada kenyataan yang dikeluarkan Mahathir.

Sumber: Reuters

SKIP THIS AD ×