berita

Najib Razak Cadang Buat Saringan Covid-19 Percuma Besar-Besaran

March 24th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Setakat ini jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia ialah sebanyak 1518 dan telah menyebabkan 14 kematian. Angka ini dilihat semaking meningkat hari demi hari dan telah membuatkan orang ramai risau akan kesihatan diri. Justeru itu, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui Facebooknya telah mencadangkan kerajaan Malaysia untuk memberi ujian saringan Covid-19 percuma secara besar-besaran. Hal ini kerana beliau memberi pendekatan bahawa negara Korea Selatan mampu menangani wabak ini dengan cara memberi saringan percuma kepada semua rakyatnya.

Beri saringan percuma

Beliau berkata bahawa pendekatan yang diguna pakai oleh Korea Selatan jauh berbeza dengan negara-negara lain. Korea tidak melaksanakan perintah berkurung atau kawalan pergerakan yang ketat kepada rakyatnya. Namun negara tersebut mengambil langkah dengan memberi saringan percuma kepada semua rakyatnya.

Dapat pulih ekonomi dengan cepat

Beliau turut percaya bahwa kos memberi saringan percuma secara besar-besaran mampu memberi pulangan jauh lebih besar dari langkah lain. Dalam pada masa yang sama, bermodalkan 500 juta, kerajaan mampu mempercepatkan pemulihan ekonomi negara apabila masalah wabak ini selesai. Tambahnya lagi, kit-kit saringan ujian Covid-19 ini semakin murah dan mudah digunakan kerana banyak syarikat pengeluar yang telah memperkenalkan kit ini.

Langgar kuarantin akan dipenjara

Selain itu, beliau turut menyaran kerajaan agar terus berusaha mengurangkan kos saringan dan menambah lagi kapasiti untuk memudahkan rakyat mendapatkan saringan. Beliau turut berharap agar kerajaan mampu bersepakat dengan syarikat rangkaian perubatan swasta untuk sama-sama beri saringan percuma kepada setiap orang di Malaysia termasuk orang asing. Di samping itu, beliau menyaran agar sesiapa yang dikehendaki kuarantin diri secara mandatori akan dibantu dari segi kewangan dan bekalan makanan serta kepada yang ingkar melanggar tempoh kuarantin akan dipenjarakan.

Sumber: Najib Razak

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×