berita

Najib Razak ‘Up’ Foto Konvokesyen 1974 Sebagai Bukti Tak Beli ‘Sijil Ijazah’

February 15th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Tidak sangka foto graduan bekas Perdana Menteri, Dato Sri Najib Razak sebelum ini mendapat tentangan ramai pihak. Ada segelintir pihak mengatakan foto konvokesyen sebelum ini bukan gambar yang berusia 45 tahun dulu.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu mengemukakan bukti bahawa dia adalah graduan Universiti Nottingham, England dengan memuat naik gambar profil di Facebook yang diambil semasa tahun 1974.

Foto dimuatnaik sebelum ini

Foto Najib Razak berpakaian jubah konvokesyen ini dimuatnaik di Facebook akaun rasminya, tempoh hari. Bagaimanapun, ramai netizen meninggalkan komen mendakwa pemimpin ini menipu ‘sijil ijazah’ seperti isu hangat diperkatakan ramai mengenai menteri-menteri tipu sijil pembelajaran mereka.

Bukti graduan Universiti Nottingham

Ekoran dari itu Najib Razak menjawab kecaman di media sosial yang mengatakan gambar profil di Facebook yang dimuat naik sebelum ini adalah gambar baharu dan bukan gambar berusia 45 tahun dulu.

Dia mengemukakan bukti bahawa beliau adalah graduan Universiti Nottingham, England dengan memuatnaik gambar konvokesyen yang diambil pada tahun 1974.

Foto 1974 agak old school

Agak old school tapi inilah foto dari majlis graduasi saya pada tahun 1974. Saya turut bergambar bersama bonda, Tun Rahah dan adik saya Johari. Masa itu, saya nampak cool sebab trend masa itu di England memang berambut panjang. Ok, saya mengaku saya juga terpengaruh masa itu.

Terima kasih kepada anak saya Ashman. Ashman habiskan masa hampir satu jam untuk mencari gambar-gambar yang sudah berusia 45 tahun ini dari rumah bonda saya. Kalau DAP masih tak percaya dan ingin fitnah saya lagi, boleh pinjam mesin masa kawan Menteri Kewayangan untuk balik ke tahun 1974 cari saya.

Sumber: Najib Razak

SKIP THIS AD ×