berita

Najwa Latif Tolak Lagu Komposer Lain?

November 8th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Flora Goes Red For AIDS-5 Jika diperhatikan, kebanyakan lagu yang dinyanyikan oleh Najwa Latif merupakan hasil gubahannya sendiri dan lirik pula ditulis oleh kakaknya.

Malah, dua buah lagu Najwa yang tercalon dalam separuh akhir Muzik Muzik 28 iaitu Adamu dan Sahabat juga langsung tidak menggunakan khidmat komposer terkenal.

Dalam diam rupanya terdapat segelintir pihak yang tertanya-tanya mengapa Najwa memilih untuk menulis dan menggubah lagu sendiri, adakah penyanyi muda ini tidak mempercayai karya seni komposer lain?

Bagaimanapun, Najwa yang ditemui sewaktu majlis Sidang Media Kempen Program Sokongan Selebriti Reben Merah 2013/2014 mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian.

Bukan saya berlagak tapi buat masa sekarang saya lebih selesa bekerjasama dengan kakak saya. Memang ada beberapa orang komposer yang mahu saya menyanyikan lagu mereka tapi saya terpaksa tolak. Kebanyakannya tak kena dengan ton suara dan genre yang saya bawakan.

Flora Goes Red For AIDS-7

Dalam masa yang sama, Najwa juga masih belum bersedia memberi lagu ciptaannya untuk dinyanyikan penyanyi lain.

Saya rasa saya belum layak untuk ke arah itu sebab saya sendiri masih baru dalam industri dan banyak lagi yang perlu dipelajari untuk memperbaiki diri.

Dalam perkembangan lain, Najwa kini sedang dalam proses menyiapkan lagu-lagu untuk album keduanya yang bakal menemui peminat tidak lama lagi. Menurutnya juga, album tersebut mengetengahkan konsep ketuhanan dan dijangka bakal menyerlahkan sisi kematangan yang ada di dalam dirinya.

SKIP THIS AD ×