berita

Najwa Latif Kongsi Video Romantis Dengan Akwa Arifin, Peminat Single Murung Tengok

November 17th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Penyanyi Najwa Latif yang baru mendirikan rumah tangga dengan Akwa Arifin menjadi tumpuan warganet di media sosial.

Artikel Berkaitan: Najwa Latif Sah Bergelar Isteri Ahli Muzik

Jodoh depan mata

 

View this post on Instagram

 

A post shared by OfficialNajwaLatif (@njwalatif)

Terbaharu, Najwa ada memuat naik video yang memaparkan dirinya berduet dengan Akwa menyanyikan sebuah lagu dengan bait-bait romantik.

Dalam rakaman itu, Najwa dan Akwa menyanyikan lagu yang sesuai ketika momen melamar pasangan untuk menjadi teman hidup.

Penyanyi berumur 27 tahun itu juga menulis kapsyen ringkas iaitu, ‘Sudi Akwa Arifin.’

Penat senyum sengih

Perkongsian itu membuatkan rata-rata peminat berasa cemburu dan murung selepas menonton video tersebut.

Ada netizen yang menyifatkan bekas presiden kelab single tidak menghormati ahli-ahlinya yang belum menemui jodoh.

Terdahulu, Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latiff berkahwin dengan Akwa pada 11 November lalu di Batu Pahat, Johor.

Pada majlis itu, Akwa yang juga seorang penyanyi rap menyerahkan mas kahwin berupa 2.5 gram emas, manakala wang hantaran dirahsiakan.

Sumber: Instagram @njwalatif

SKIP THIS AD ×