berita

Najwa Latif Nafi Sedang Berbadan Dua -‘Saya Tidak Mengandung Jadi Saya Kenalah Jawab Soalan Ini’

January 17th, 2024 | by Hazirah
Kini Trending

Baru-baru ini, penyanyi jelita, Najwa Latif tampil menyelar dakwaan bahawa dirinya sedang berbadan dua.

Artikel Berkaitan: Najwa Latif Jawab Khabar Angin Sedang Hamil -‘Amin, Doakan Yang Baik-Baik’

Belum mengandung lagi

Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Najwa atau lebih mesra disapa Wawa menjawab soalan pengikutnya yang bertanyakan adakah dia sedang mengandung.

Menurut penyanyi berusia 28 tahun itu, dia belum mempunyai rezeki untuk berbadan dua.

Tambahnya lagi, dia perlu menjawab soalan ini agar orang ramai tidak membuat spekulasi yang salah tentangnya.

Saya tidak mengandung jadi saya kenalah jawab soalan ini sebab takut lepas sembilan bulan nanti tiada anak, orang akan tanya apa jadi.

Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Cinta Muka Buku’ itu turut meminta peminatnya mendoakan yang baik-baik untuk dia dan suami.

Doakan yang baik-baik untuk Wawa. Saya belum mengandung lagi. Terima kasih.

Sekadar info, Najwa mendirikan rumah tangga dengan Akwa yang juga penyanyi dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di kampung halamannya, Batu Pahat, Johor, pada 11 November tahun lalu.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×