berita

‘Nak Aunty Suap…’ – Rina Harun Jelas Tindakan Suap Makanan Anak Fandi Caliph Buskers

July 12th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, viral beberapa foto dan video di laman sosial menyaksikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina Harun yang didakwa tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) apabila menyuap makanan kepada anak Fendi (salah seorang ahli kumpulan Caliph Buskers).

Susulan itu, Datuk Seri Rina Harun tampil memohon maaf dan memberi penjelasan terhadap situasi yang telah berlaku itu.

Saya ingin memohon maaf

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi sebuah posting di laman Instagramnya memohon maaf kepada umum atas tindakannya menyuapkan makanan kepada adik Nur Azalea ketika berkunjung bagi membantu keluarga Fendi Caliph Buskers.

Pertamanya, saya ingin memohon maaf atas dakwaan pelanggaran SOP yang tular berikutan tindakan saya menyuapkan makanan kepada seorang kanak-kanak OKU bernama Nur Azalea Zafirah, berusia 6 tahun yang merupakan anak kepada Saudara Fendi Adlun, pemuzik Caliph Buskers yang telah menimbulkan persoalan dan kebimbangan kepada sesetengah pihak.

Untuk makluman semua, kanak-kanak tersebut merupakan seorang kanak-kanak OKU penglihatan dan Autisme yang mana anak ini berada dalam keadaan kurang ceria ketika ketibaan saya. Namun, kanak-kanak tersebut beransur ceria dan tenang apabila dipujuk dan ditawarkan hidangan makanan yang saya bawa. Bapa beliau sendiri memaklumkan bahawa anaknya tidak mampu makan sendiri dan perlu dibantu dengan menyuapkan makanan kepada anaknya.

Hati saya mula tersentuh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rina Mohd Harun (@rinaharunofficial)

Tambah Rina Harun lagi, dia tersentuh apabila mengetahui adik Nur Azalea itu merupakan kanak-kanak autisme yang memintanya untuk disuapkan makanan.

Hati saya mula tersentuh apabila kanak-kanak tersebut sendiri menyebut “Nak Aunty suap…” kepada saya. Untuk tidak menghampakan anak istimewa ini, saya terus menyuapkan makanan tersebut sebagai sebahagian pendekatan psikososial dalam menzahirkan rasa kasih saya sebagai seoarang wanita kepada kanak-kanak apatah lagi kepada insan yang kurang bernasib baik ini.

Sesungguhnya, saya sendiri mengamalkan kebersihan kendiri setiap masa yang mana tangan saya telah disanitasi setiap kali sebelum dan selepas saya menyantuni kumpulan sasar saya. Saya sentiasa memastikan sanitizer dan tisu basah berada dalam simpanan saya untuk memastikan kebersihan kendiri menjadi amalan setiap masa. Saya juga memakai pelitup muka sepanjang sesi saya menyantuni saudara Fendi dan anaknya Nur Azalea Zafirah.

Sumber: Rina Harun

SKIP THIS AD ×