berita

‘Nak Bagi Kucing Makan Tak?’ – Gadis Kongsi Cerita Hampir Jadi Mangsa Culik Seterusnya Selepas Kes Nurin Jazlin

August 6th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Seorang gadis di Twitter berkongsi detik cemasnya semasa kecil apabila nyaris menjadi mangsa culik ketika pulang dari pasar malam berhampiran rumahnya. Menurut gadis tersebut, dia nyaris menjadi mangsa seterusnya selepas kes kehilangan arwah Nurin Jazlin pada ketika itu.

Bagi makan dekat kucing

Menurut perkongsian gadis tersebut, semasa dirinya berjalan kaki untuk pulang ke rumah dari pasar malam, terdapat seorang individu menegurnya untuk memberi makanan kepada kucing. Pada ketika itu, umurnya baru berusia 11 tahun. Disebabkan suka kepada kucing, dia bertanya lelaki tersebut di manakah kucing itu berada. Lelaki tersebut memberitahunya bahawa kucing tersebut berada di belakang sebuah tasik, sambil tunjuk ke arah lombong yang gelap.

Teringat untuk menonton kartun di rumah, gadis tersebut menolak pelawaan lelaki itu walaupun dipujuk berkali-kali. Tindakan gadis tersebut untuk pulang ke rumah telah membuatkan lelaki itu bengang dan menjerit sehingga dirinya berasa ketakutan sebelum bergegas pulang ke rumah dengan segera.

Buat pengecaman muka

Selepas pulang ke rumah, gadis tersebut menceritakan kepada ibunya tentang apa yang berlaku. Mereka membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut pada waktu malam itu juga. Selama seminggu gadis tersebut diminta untuk membuat pengecaman muka bagi membantu kes kehilangan adik Nurin Jazlin. Gadis tersebut turut memberitahu bahawa selepas kesnya, adik Sharlinie pula hilang dan dipercayai diculik. Menurut gadis tersebut, lokasi penculik sangatlah berhampiran dengan kesemua mangsa yang hilang.

Masih teringat wajah penculik

Wajah dan rupa paras penculik masih lagi diingati oleh gadis itu. Menurutnya, tidak logik jika individu tersebut memintanya untuk memberi makanan kepada kucing di tempat yang gelap.

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×