Setiap kali musim cuti sekolah, mesti ramai ibu bapa dah mula pening mahu bawa anak pergi mana. Kalau nak tempat yang lengkap dengan aktiviti outdoor, indoor, cuaca sejuk dan sesuai untuk semua peringkat umur, Resorts World Genting memang antara lokasi yang ramai akan repeat banyak kali.

Menariknya kali ini, bukan setakat Taman Tema Genting SkyWorlds je jadi perhatian, malah ada pelbagai aktiviti baru seperti flower exhibition, pakej staycation dan promosi menarik yang buat trip korang lagi berbaloi.

Dari healing santai sampai aktiviti family-friendly, semuanya ada dekat sini.

Tarikan baharu yang pasti menghiburkan korang sekeluarga

Kalau korang suka aktiviti yang dekat dengan alam semula jadi, korang boleh singgah ke Eufloria Gardens & Sculpture Park yang kini tampil dengan Malaysia’s Largest Floral Glasshouse.

Dekat sini memang syok untuk jalan santai sambil ambil gambar sebab dipenuhi lebih 30,000 bunga bermusim yang akan berubah mengikut musim tertentu.

Lagi menarik, ada air terjun besar dengan immersive digital display, sculpture bertemakan zodiak, tumbuhan rainforest eksotik dan juga canopy walk dengan suasana nyaman yang memang ngam untuk family bonding atau content hunting sepanjang cuti sekolah. Beli tiket di sini.

Selain itu, Resorts World Awana juga akan menganjurkan BUNGA 2026 bermula 3 Jun 2026 hingga 7 Jun 2026 di Awana Village. Festival bunga tahunan ini bakal menghimpunkan pelbagai pameran bunga dan orchid daripada exhibitor tempatan serta antarabangsa.

Sepanjang festival berlangsung, pengunjung boleh menikmati showcase floral design bertaraf antarabangsa, pertandingan orchid, rare plant exhibition, workshop edukasi berkaitan orchid serta pelbagai pop-up dan sustainable marketplace yang menarik.

Malah, ada juga plant auction termasuk orchid eksklusif yang pasti buat pencinta tumbuhan teruja. Boleh beli tiket di sini.

Taman Tema Genting SkyWorlds tawar pas tanpa had serendah RM188

Paling menarik mestilah promosi Genting SkyWorlds Unlimited Pass yang kini ditawarkan serendah RM188 untuk rakyat Malaysia.

Dengan sekali bayar, korang boleh enjoy akses tanpa had ke Taman Tema Genting SkyWorlds selama 365 hari kecuali blackout dates tertentu. Memang berbaloi untuk mereka yang jenis suka spontan trip, kaki theme park atau keluarga yang rancang nak repeat datang banyak kali sepanjang tahun.

Bukan itu saja, pas ini juga hadir dengan pelbagai benefits tambahan termasuk tiga tempahan Virtual Queue percuma setiap kali lawatan, flexible activation dalam tempoh tujuh hari selepas pembelian, diskaun 10% untuk selected retail dan F&B serta diskaun 20% untuk tiket Genting SkyWorlds terpilih yang dibeli di lokasi.

Promosi ini berlangsung sehingga 31 Ogos 2026 sahaja, jadi memang sesuai grab awal sebelum terlepas.

Dapatkan pas korang di sini. *Tertakluk terma dan syarat.

Staycation sekali terus lebih mudah

Kalau malas nak rushing balik hari, korang juga boleh terus stay dekat Resorts World Genting sebab ada beberapa pakej hotel yang menarik untuk keluarga.

Antaranya termasuk Genting SkyWorlds Hotel yang terletak betul-betul berhampiran theme park. Memang mudah untuk ibu bapa sebab tak perlu jalan jauh dan boleh terus masuk bilik untuk rehat selepas penat bermain. Hotel ini juga direka khas untuk keluarga dengan pilihan bilik yang lebih luas dan selesa.

Selain itu, Resorts World Awana pula sesuai untuk mereka yang nak suasana lebih tenang dikelilingi rainforest berusia jutaan tahun. Beberapa pakej turut datang dengan attraction tickets serta kredit makanan sekali, jadi memang sesuai untuk short getaway sepanjang cuti sekolah.

Dari makan sampai aktiviti indoor semua lengkap

Biasalah cuaca Genting Highlands kadang-kadang susah dijangka. Tapi bestnya dekat sini, walaupun hujan masih banyak aktiviti indoor yang korang boleh buat.

Korang boleh lepak dekat SkyAvenue untuk shopping, cafe hunting atau sambung aktiviti indoor lain tanpa rasa bosan. Itu yang buat ramai suka repeat trip ke Resorts World Genting sebab satu lokasi dah lengkap dengan macam-macam hiburan untuk keluarga, pasangan ataupun geng kawan-kawan.

Kalau korang tengah plan destinasi cuti sekolah, mungkin ini masa sesuai untuk naik Genting Highlands dan enjoy semua promosi serta tarikan terbaru sebelum terlepas.