berita

Nak Beli Barang Keperluan Tapi Takut Terlebih Bajet? Ikut 5 Tip Mudah Ni Untuk Elak Pembaziran!

August 25th, 2023 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Setiap bulan lepas dapat gaji je mesti korang akan memikirkan cara untuk kurangkan perbelanjaan, tambah lagi kalau bab barang dapur atau keperluan tu. Bukan apa, takut-takut terlebih bajet je, sampai hujung bulan dah kering duit.

Jadi, kalau korang takde idea dan tak tau macam mana nak elak dari pembaziran ni, jom ikut 5 tip yang kami kongsi…Confirm jimat!  

1. Buat list dulu sebelum beli barang

Bila nak shopping barang dapur atau keperluan rumah ni, rasa macam semua benda tak cukup kan? Tapi korang kena tau, kadang-kadang itu nafsu je. Jadi, untuk elak pembaziran ini berlaku, korang kena beli ikut keperluan, bukan kemahuan korang tau!

Pastikan korang buat list dulu apa yang nak dibeli. Takut-takut nanti terover bajet, kan dah susah. So nak taknak dah sampai sana nanti, ikut jelah list tu. Mudah dan senang.

2. Daftar kad keahlian kalau ada

Setiap pasar raya dan kedai barangan harian ni, selalunya mereka ada sediakan kad keahlian di mana bila korang daftar, nanti akan ada manfaat dan kelebihan yang korang boleh dapat jika korang membeli di situ.

Jadi, kalau-kalau mereka ada offer kad keahlian bila korang nak membuat pembayaran di kaunter tu, tak payah fikir panjang, korang terus daftar je. Nanti dapat la jimat-jimat untuk perbelanjaan bulan seterusnya pula kan…

3. Asingkan duit siap siap untuk beli barang keperluan

Cara lain yang korang boleh buat adalah tiap-tiap bulan tu bila dah dapat gaji je terus asingkan siap-siap untuk simpanan, perlindungan dan perbelanjaan.

Bila dah asingkan, korang dah tahu berapa bajet yang korang perlu untuk perbelanjaan harian tu. Lepastu, kalau semua barangan harian dah siap dan ada baki duit yang lebih, boleh lah letak dalam tabung simpanan supaya tak membazir.

4. Beli sekaligus secara borong

Salah satu lagi cara untuk korang berjimat bila beli barang keperluan adalah korang beli secara pukal atau borong. Kalau boleh barangan kering tu, beli untuk korang pakai dua ke tiga bulan terus.

Barulah rasa berbaloi sebab nanti tak perlu nak beli banyak kali dah.

5. Berbelanja bila ada promo diskaun dan sebagainya

Selalunya kalau ada promo, diskaun atau ganjaran apa-apa mesti korang akan berebut nak beli kan. Bukan apa, time tu jelah kalau korang nak berjimat pun.

Tambah-tambah lagi bila ada diskaun kaw-kaw yang memang murah gilaaaa tu! Rasa seronok dan berbaloi beli barang dengan harga murah tapi boleh pakai dalam jangka masa yang lama kan.

Lagi satu, kalau nak murah beli dekat MYDIN je. Ada diskaun & ganjaran sempena ulang tahun yang ke-66!

Ha…korang tau tak, rangkaian pemborong dan peruncit halal terbesar tempatan, MYDIN, menganjurkan “Program Semarak Gemilang Malaysia  MADANI dan Kempen OHMYDIN! Meriah Bersama” sempena ulang Tahun  MYDIN ke 66.

Kempen ini juga turut mendapat kerjasama lebih 50 rakan strategik dan pembekal terlibat antaranya MBSB Bank, Setel, MyDebit, Boost, OPPO, P&G, Unilever, Wipro dan banyak lagi.

Jadi, buat korang yang nak berbelanja barangan harian atau apa-apa keperluan tu, korang boleh pergi MYDIN sekarang sebab mereka ada menawarkan penjimatan, hadiah peraduan dan ganjaran pulangan tunai sehingga RM6.6 juta khususnya buat pelanggan setia MYDIN!

Dari jenama P&G, ambi pur, downy, head & shoulders, horlicks, semuanya ada dan banyak lagiiiii korang boleh dapat di MYDIN!

Penjimatan 60%, mata ganjaran MERIAH & e-baucar bernilai RM6 pun ada!

Karnival Jualan “Kita MADANI” ini menjanjikan penjimatan sehingga 60% bagi barangan keperluan serta barangan keperluan harian antaranya pakaian dan alat tulis.

Selain itu, mereka juga menawarkan sebanyak 660 mata ganjaran Meriah bagi pelanggan yang mendaftar kad Meriah dan ianya sah sehingga 17 September 2023 sahaja.

Bukan tu je, korang siap boleh dapat hadiah istimewa dan berpeluang mendapat e-baucar bernilai RM6 dengan menggunakan kod MYDINRM6 kalau korang berbelanja dengan mereka. Serious boleh jimat banyak wehhh! 

Taknak shopping dekat kedai, beli online pun boleh!

Untuk memudahkan pelanggan, MYDIN turut memperkenalkan  “TikTok Shop” di aplikasi rasmi TikTok MYDIN Malaysia dengan menawarkan baucar RM15 serta kod baucar istimewa untuk pelanggan kali pertama tau!

Di samping itu, korang juga bakal mendapat subsidi penghantaran bernilai RM6 ke seluruh negara. Tak payah keluar jauh-jauh, hanya klik-klik lepastu add to cart, nanti barang sampai je depan rumah. Seronoknyaaaa! 

Boleh guna kaedah pembayaran digital dan dapat pulangan tunai yang berbaloi!

Bagi menggalakkan penggunaan aplikasi pembayaran secara digital, korang boleh menggunakan MyDebit dan berpeluang memenangi baucar MYDIN  bernilai sehingga RM280,000 bagi setiap pembelian RM66 dan ke atas dalam  satu resit. 

Di samping itu, pelanggan bertuah yang berbelanja terbanyak menggunakan mod pembayaran e-dompet melalui aplikasi Boost, MBSB Bank E-wallet, Mcash, Wavpay dan Zapp boleh merebut pulangan tunai dan hadiah dengan jumlah keseluruhan RM366,000.

Bestnyaaa! Banyak betul kelebihan korang boleh dapat bila shopping di MYDIN ni!

Apa tunggu lagi? Jom serbu MYDIN dan nikmati tawaran istimewa harini juga!

Buat korang yang nak cari dan berbelanja barangan keperluan harian dengan harga murah dan berpatutan tu, boleh lah rebut peluang membeli dan mendapat ganjaran istimewa di MYDIN! Barulah boleh jimat dan tak membazir guys!

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, korang boleh layari laman sesawang rasmi MYDIN Malaysia di SINI.

SKIP THIS AD ×