Beli emas pada zaman sekarang tak terhad kepada kaum wanita. Lelaki pun terjebak beli emas sebagai pelaburan, ini kerana emas dalam bentuk barangan kemas atau jongkong adalah pelaburan baik untuk jangka masa panjang tau.
Sejak akhir-akhir ni harga emas naik turun dan ramai yang serbu kedai emas untuk beli perhiasan pelbagai trend seperti pulut dakap, coco, jagung, roti bun, anggur dan sebagainya. Ada yang kata, kena beli emas sewaktu harganya jatuh sebelum ia melonjak naik semula.
Dalam keghairahan miliki emas, elakkan diri tertipu. Jangan mudah terpedaya dengan kilauannya, pastikan wang yang dilaburkan beri pulangan berbaloi. Di sini kami kongsikan beberapa tips membeli emas daripada Rakan Usahawan PUNB. Serius berguna!
Tambah ilmu, tahu beza emas tulen dan tiruan
Menurut pemilik kedai Emas Khalipah Bertam, Pulau Pinang, secara asasnya, ada beza dari segi warna dan berat barang kemas. Oleh itu, korang kena pegang dan lihat dahulu barang kemas yang korang nak beli. Biasanya warna emas tiruan lebih terang dan akan pudar saban tahun serta lebih berat dan lebih padat.
Pastikan korang semak cop mutu emas 916 yang ada pada barang kemas. Kena hati-hati sebab yang tiruan pun dah ada cop 916 tau. Biasanya tulisannya lebih besar di emas tiruan berbanding emas tulen.
Lebih digalakkan untuk beli terus dari kedai
Tips dari pemilik kedai emas De Aurora pula, sebolehnya dapatkan barang kemas atau jongkong emas dengan beli terus dari kedai. Kalau tiada pilihan dan tetap nak beli secara online, pastikan bayaran dibuat ke atas akaun syarikat yang sah dan bukan akaun peribadi.
Selain tu, kena pastikan akaun media sosial atau web pembelian yang korang hubungi adalah akaun rasmi syarikat tersebut. Paling penting, sebagai pembeli, korang kena minta pihak kedai beri penerangan lengkap semasa membeli (Berat, Harga dan Mutu Emas).
Kalau ada persoalan, jangan malu bertanya guys. Biar korang puas hati setelah membeli emas.
Beli di kedai emas berdaftar dan ejen sah atau dikenali je
Ramai yang ambil peluang untuk jadi penjual atau ejen sebab permintaan tinggi terhadap barang kemas. Kedai Emas Lelong Maya pesan, sebagai pembeli, jangan terpedaya dengan tawaran yang tak masuk akal. Pastikan korang beli di kedai emas berdaftar dan ejen sah yang dikenali je.
Sebelum setuju untuk membeli, kena check dulu barang kemas tu. Pastikan tiada kerosakan. Paling penting, jangan lupa minta resit jual beli daripada penjual dengan butiran lengkap seperti berat, mutu emas dan harga.
Tingkatkan pengetahuan, kenal emas palsu yang mana satu
Yang ni penting! Pemilik Kedai Emas Jasfran dah share cara kenal emas tiruan di Facebook rasmi miliknya. Antara info asas yang pembeli kena tahu ialah emas tiruan melekat pada magnet, manakala emas tulen tidak akan bertindak balas dengan magnet.
Selain tu, emas tiruan berbau hanyir bila digosok, berubah warna bila direndam dalam air dan warnanya juga tidak sekata. Emas tiruan juga meninggalkan kesan bila dititis iodin.
Simpan resit pembelian
Setiap pembelian, korang kena pastikan ia disertakan dengan resit asal tau. Nak tahu kenapa?
Sebabnya, Kedai Emas Hajjah NIk Pa Paka kata, dekat resit asal ada semua maklumat tentang pembelian, berat emas, jenis dan harga ketika pembelian. Resit asal pembelian ni akan bezakan nilai emas bila korang nak jual balik kepada pengeluar. Ingat tu.
Korang salah seorang peminat barang kemas atau pengumpul emas? Kami rekomen korang buatlah pembelian emas di kedai Rakan Usahawan PUNB. Dijamin puas hati dan berbaloi!
Nak tahu lokasi kedai emas milik Rakan Usahawan PUNB berdekatan korang? Boleh terus ke laman web www.punb.com.my.Jangan lupa ikuti akaun media sosial rasmi Intagram @punbofficial untuk maklumat terkini PUNB.