berita

Nak Beli Emas, Tapi Modal Ciput? Maybank Islamic Kan Ada, RM10 Je Dah Cukup Untuk Beli Emas tau. Mantap!

October 10th, 2023 | by Syamirul
Kini Trending

Entah apalah yang kita belanjakan, tahu-tahu jer duit dah semakin berkurangan betul tak? Haihhh!

Bukan nak cakap apa tapi min sangat sarankan korang untuk memiliki wang simpanan untuk kegunaan masa depan. Maklumlah sekarang ni semua benda dah naik.

Duit ini kalau dah ada depan mata, memang licin. Macam mana lah nak simpan duit untuk digandakan lagi eh?

Korang mesti pernah terdetik kat hati macam ni kan, min pun selalu jer macam ni. Niat tu ada tapi menyimpannya tidak sebab tak tahu nak simpan kat mana.

Jom gandakan duit dengan Maybank Islamic!

Pssstttt…Korang tahu tak sekarang kita dah boleh jual, beli atau melabur emas di Maybank Islamic melalui Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i).

Kini korang dah boleh melabur emas serendah RM10, siap boleh dapat emas percuma 0.1g lagi. Modal ciput pun boleh melabur sekarang tau! Excited tak?

Sebelum tu mesti korang tertanya-tanya apa itu MIGA-i. Betul tak?

MIGA-i ini merupakan akaun pelaburan emas pertama yang membolehkan pelanggannya membuka akaun membeli, menjual atau melabur emas secara dalam talian melalui Maybank2u. Klik Klik jer!

Tulen ke emas tu? Jangan risau, semua emas yang ditawarkan ni berketulenan 999.9 tau, sebab ianya telahpun diakreditasi oleh London Bullion Market Association (LBMA). Selamat!

Yang paling penting sekali ianya patuh syariah! Baru lah yakin macam ni kan.

Emas percuma? Dapat menang hadiah setiap bulan? Wow!

Min rasa MIGA-i memang sangat sesuai untuk siapa-siapa yang jenis susah nak simpan cash sebab takut terguna.

Untuk pengetahuan korang, mulai sekarang hingga 31 Disember 2023 ni, korang boleh memperoleh emas PERCUMA* dengan perkongsian kod rujukan dengan rakan atau ahli keluarga.

Jangan lupa pulak suruh mereka daftar MIGA-i sekarang. Macam mana berminat tak?

Sebelum tu min nak tanya korang dah ada akaun MIGA-i tak? Ini apa yang korang kena lakukan!

Bagi pelanggan yang sedia ada, korang boleh dapat emas 0.01g secara percuma* dengan cara ini : 

  1. Log masuk ke web Maybank2u.
  2. Kongsi kod rujukan yang dijana secara automatik kepada rakan dan ahli keluarga yang bukan pemegang MIGA-i.
  3. Minta mereka membuka akaun MIGA-i melalui web Maybank2u dan membuat pelaburan minimum serta-merta sebanyak RM100 dalam satu transaksi untuk mula memperoleh 0.01g emas MIGA-i masing-masing!

Untuk mereka yang bukan pemegang akaun MIGA-i ini apa yang korang kena lakukan :

  1. Masukkan kod ‘MIGAM2U’ untuk membuka akaun MIGA-i melalui web Maybank2u dan buat pelaburan minimum serta-merta sebanyak RM100 dalam satu transaksi dan peroleh 0.01g emas PERCUMA*!
  2. Jangan lupa kongsikan kod rujukan korang dengan rakan dan ahli keluarga yang bukan pemegang MIGA-i sedia ada untuk mula memperoleh lebih banyak emas MIGA-i! secara PERCUMA*!

*Setiap pelanggan hanya dibenarkan menggunakan kod rujukan untuk menebus 0.01g emas sekali sahaja.

*Penebusan emas percuma 0.01g akan dihadkan kepada 2,500 akaun pertama yang dibuka atau pembelian maksimum 50 gram sahaja.

Bak kata pepatah “sikit-sikit, lama-lama jadi bukit”, yang penting korang ada usaha untuk mula menyimpan.

Macam mana nak daftar akaun MIGA-i ni dan jual, beli emas eh? Jom min kongsikan cara dia. Semudah ABC!

Langkah untuk membuka MIGA-i melalui Maybank2u :

Langkah 1: Log masuk ke Maybank2u.

Langkah 2: Pilih ‘Apply’.

Langkah 3: Pilih ‘Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i)’ untuk membuat akaun MIGA-i korang.

Langkah 4: Selepas akaun MIGA-i telah dibuat, aktifkan akaun korang dengan pelaburan pertama .

Bila dah berjaya aktifkan akaun, korang dah boleh mula untuk menjual atau membeli emas. Mudah kan?

Langkah untuk menjual, membeli emas secara dalam talian :

Langkah 1: Log masuk ke Maybank2u.

Langkah 2: Tekan ‘Wealth’.

Langkah 3: Pilih ‘Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i)’.

Langkah 4: Kini korang dah boleh membeli dan menjual emas.

Klik SINI untuk maklumat lanjut atau saksikan video ini untuk faham lebih mudah.

Kenapa kena pilih MIGA-i!

Mesti korang tertanya-tanya berbaloi ke simpan emas di MIGA-i ni kan? Ini min kongsikan beberapa sebab kenapa Maybank Islamic selalu jadi pilihan min.

Kita semua tahu yang Maybank Islamic merupakan satu syarikat yang sudah kukuh dan yang paling penting Maybank Islamic ada team syariah mereka sendiri tau. Ini yang kita mahukan, baru tak was-was!

Bukan setakat tu jer, urusan jual beli yang pantas dan harga emas yang sentiasa di update di laman web Maybank2u. Semua emas yang dikeluarkan berjenama IGR tau. Mantap!

Maybank2u ni memang betul-betul memudahkan kita untuk membeli dan menjual emas secara online tau. Dah tak perlu keluar membeli emas lagi, segalanya ada di hujung jari!

Pelaburan emas memang sering menjadi pilihan yang selamat untuk pelabur mula melabur. Walaupun kadang-kadang harga emas turun sedikit, ia berjaya pulih dengan cepat dan dapat semula aliran yang lebih stabil.

Selain itu, pelaburan emas mempunyai rekod prestasi yang panjang, dan nilainya telah meningkat dengan ketara selama ini. Emas juga kukuh terhadap inflasi dan mempunyai potensi untuk berkembang dari semasa ke semasa.

Jadi tunggu apa lagi? Cepat daftar sekarang dan simpan sampai nampak hasil. Untuk maklumat lanjut, layari laman kempen Maybank atau ke laman Facebook mereka.

Disclaimer: Kempen Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i) yang dinyatakan di atas adalah tertakluk pada terma dan syarat.

Maybank dan Maybank Islamic adalah ahli PIDM. MIGA-i tidak dilindungi oleh PIDM.

Kandungan artikel ini tidak menyediakan khidmat nasihat mengenai kewangan. Pembaca digalakkan untuk membuat semakan sendiri sebelum membuat keputusan lanjut mengenai kewangan.

SKIP THIS AD ×