berita

Nak Beraya Bersama Bakal Mertua? Korang Kena Tahu 5 Tips Mengambil Hati Mereka Dulu

June 3rd, 2019 | by Fella Zainal
Kini Trendy

memikat hati bakal mertua

Minggu lepas Sis Katy dah share tips untuk korang yang plan nak jumpa for the first time dengan bakal mertua kan? So, hari ni Sis Katy nak korang tahu cara memikat hati bakal mertua pula. Package gituhh Sis bagi!

Perkara yang paling penting saat pertemuan adalah untuk mengambil hati diorang tau :p

1. Perhati dan Pelajari Tentang Bakal Mertua

perhatikan minat bakal mertua

Korang kena lah ambil tahu apa yang bakal mertua korang suka macam hobi diorang, masakan kegemaran dan mungkin ciri-ciri lelaki atau perempuan yang diorang sukakan. Korang korek lah daripada pasangan korang, so korang tahu topik apa yang korang boleh sembang nanti.

2. Sentiasa Berikan Perhatian

berikan perhatian penuh

Bila sembang, korang kena lah tunjukkan minat yang mendalam tentang apa-apa yang diceritakannya. Berikan reaksi positif dan perhatian lebih bila bakal mertua korang bercerita. Confirm bakal mertua korang rasa dihargai dan semakin suka kat korang. Hihi :p

3. Cuba Kongsi Minat Yang Sama

kongsi minat bersama

Sebenarnya ini peluang korang tawan hati bakal mertua korang dari awal. Cuba selami minatnya dan lakukan bersama-sama. Kalau bakal mertua suka menanam bunga, korang boleh juga belajar menanam bunga. Belajar bersungguh-sungguh mana lah tahu nanti korang di-upgrade jadi menantu kesayangan!

4. Mengalah Bukan Bererti Kalah

mengiyakan

Dengan bakal mertua korang kena selalu mengalah. Walaupun mungkin ada beberapa perkara yang korang tak berapa setuju, lebih baik angguk-anggukkan sahaja. Lebih baik mengiyakan sahaja dengan apa sahaja tindakan yang bakal mertua korang buat. Pilihlah untuk bersabar. Itukan lebih baik :)

5. Selitkan Pujian

selitkan pujian untuk bakal mertua

Masa korang bersembang dengan bakal mertua, selitkan sedikit pujian. Contohnya, puji masakannya atau memuji caranya menguruskan rumah. Pendek kata, sentiasa bermulut manis. Tapi jangan pula korang over nanti takut dia beranggapan korang seorang kaki bodek.

done share

Haa cukup lah tu tips daripada Sis Katy untuk memikat hati bakal mertua korang. Boleh lah try masa beraya kat rumah bakal mertua korang nanti. Sis Katy doakan semua baik-baik sahaja. Mana tahu esok lusa terus kahwin. Eh :p

Macam biasa, jangan lupa untuk follow Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan fesyen, mekap dan lifestyle wanita yang trendy dan terkini.