Kita boleh lihat bermacam style pemakaian tudung yang digayakan kaum wanita sekarang. Tidak dapat dinafikan gaya pemakaian tudung kini memang cantik dan tampak lebih elegan. Nak berfesyen tidak salah tetapi perlu selaras dengan kehendak agama.
Ini respon deep Adam Corrie terhadap fesyen tudung wanita kini yang kelihatan tidak menutup bahagian dada mereka.
Nasihat Adam Corrie
Menerusi kapsyen di laman Instagram Adam adalah tidak ditujukan kepada sesiapa. Malah, teguran tersebut adalah lebih bersifat terbuka kepada semua wanita.
Jangan tag sesiapa , sebut nama sesesiapa dan brand sesesiapa dengan tujuan nak buat org lain terasa dan diaibkan. Itu bukan cara Rasulullah SAW berdakwah.
“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka”. (An-Nur : 31),
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anakmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka menghulurkan (melabuhkan) jilbabnya (tudung kepala yang labuh menutupi dada) ke tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal dan tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Ahzaab: 59)
Kita fahamkan ayat yg Allah turunkan ini, ayat ini ditujukan pada para suami dan bapa. Para suami dan bapa bertanggungjawab memastikan isteri dan anak-anak perempuannya berpakaian yang mengikut syariat.
.
Lelaki dan wanita kena saling membantu menjaga maruah diri dan keluarga. Tak perlu tag kawan-kawan kalau nak tegur mereka. Nak tegur kawan-kawan biarlah berhikmah.. jaga air muka kawan-kawan kita. Kita tutup aurat sempurna bkn hak utk mengaibkan kawan kita. Kita bukan nak mengumpat dan aibkan sesiapa. Doakan mereka itu lebih baik daripada mengaibkan mereka. Hidayah itu milik Allah. Senyum selalu dan selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang.
Sumber: Adam Corrie