
Bulan Ramadan makin dekat, dan kalau korang memang plan nak berniaga tahun depan, IWK Eco Park @ Pantai Dalam tengah buka peluang best untuk usahawan kecil, peniaga makanan, dan penjual produk tempatan sertai Bazar Ramadan 2026 mereka!
Tahun lepas pun sambutan memang padu. Memang meriah, ramai pengunjung, dan peniaga pun puas hati dengan jualan. Jadi untuk 2026, mereka buka lagi peluang ni untuk lebih ramai usahawan cari pendapatan tambahan sepanjang bulan puasa.
Lokasi Bazar
📍 102, Jalan Kampung Pasir, Kampung Pasir, 58100 Kuala Lumpur
Lokasinya memang strategik, kawasan luas dan tersusun, senang orang nak datang tanpa sesak kepala!
Apa yang best tentang Bazar Ramadan IWK Eco Park ni?

Tapak Berbumbung
Tak payah risau panas atau hujan. Peniaga boleh fokus jualan sepanjang bulan Ramadan.
Sewa Berpatutan
Harga tapak memang “friendly” untuk peniaga kecil dan sederhana. Sesuai kalau baru nak mula berniaga pun.
Kawasan Luas & Strategik
Pengunjung pun selesa nak bergerak, tak terlalu padat dan senang nak pilih juadah berbuka.
Soket Elektrik Disediakan
Nak guna peralatan memasak? Lampu? Semua mudah kerana setiap tapak disediakan soket elektrik.

Suasana Tenang & Mesra Keluarga
Kawasan Eco Park yang hijau dan sejuk mata memandang memang perfect untuk vibe Ramadan.
Parking Selesa
Datang nak beli juadah pun tak serabut sebab parking luas dan mudah.
Akses Mudah Dari Laluan Utama
Orang sekitar Pantai Dalam, Bangsar South, Old Klang Road, Kuchai, PJ pun senang nak datang.
Promosi Bersama IWK
Bazar ni pun akan dipromosikan melalui platform IWK, jadi pengunjung memang akan ramai!
Bersih & Selamat
Ada pemantauan berkala, kawasan terurus jadi penjual selesa nak berniaga dan pengunjung pun seronok nak membeli.
Tapak terhad, siapa cepat dia dapat!
Kalau rasa nak join, daftar je awal-awal sebelum slot habis. Jom cepat-cepat daftar, nanti rugi pulak kalau terlepas!
Untuk sebarang maklumat lanjut atau tempahan tapak, sila hubungi 03-22420420 atau 012-696 8254.








