berita

Nak Buat Keputusan Tapi Takut Tersilap Langkah? Jom Ikut 3 Tip Paling Berkesan Ni!

August 25th, 2023 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Setiap orang mempunyai pilihan dan matlamat yang berbeza dalam hidup. Tapi pernah tak korang rasa susah untuk membuat sesuatu keputusan dan memerlukan masa yang lama? Tak kiralah sama ada mengenai keluarga, kerja, kewangan, atau kehidupan seharian. 

Walau apa pun keputusan yang dibuat, korang akan pilih yang paling berbaloi dan ada kelebihan untuk kehidupan korang kan! 

Jadi, kalau korang masih teragak-agak macam mana nak membuat keputusan yang terbaik untuk hidup, jom tengok 3 tip berkesan yang korang boleh ikut. 

1. Kaji baik buruk setiap pilihan yang korang ada

Bila nak buat sesuatu pilihan yang tepat, korang kena fokus dengan apa yang nak dicapai. Kalau boleh janganlah tergesa-gesa. Sama macam korang nak membeli atau melanggan sesuatu. Korang peruntukan sedikit masa untuk kaji baik buruk setiap pilihan supaya korang tak tersilap langkah.

Bukan berkaitan kerja, kewangan mahupun keluarga saja tau, malah pilihan harian untuk gaya hidup yang lebih baik juga sama penting. Jadi, sentiasa lah fokus dan kaji setiap pilihan yang ada.

2. Banyak bertanya dengan orang yang tahu & berpengalaman

Sebenarnya bila nak buat sesuatu keputusan ni korang boleh survey atau tanya dulu dengan orang yang pakar atau berpengalaman dalam sesuatu perkara. 

Misalnya, kalau korang nak pilih sama ada untuk beli atau sewa rumah tapi tak tahu nak mula dari mana, korang bukan saja boleh bertanya dengan ejen property tapi korang boleh bincang dengan kawan-kawan atau saudara mara yang mempunyai pengalaman dalam perkara ni. 

 Bila dah dapat banyak rekomendasi mahupun kebaikan tentang pilihan yang ada tu, barulah korang rasa lebih yakin.

3. Fokus pada tujuan and manfaat jangka panjang

Bila ada banyak pilihan dalam tangan, korang pasti akan fikirkan yang mana terbaik kan? Jadi, nak taknak korang kena bandingkan dulu sesuatu pilihan itu. Kekadang, pilihan yang terbaik bukannya yang paling mudah. 

Kaji satu per satu pilihan yang ada agar korang boleh tahu akan pentingnya keuntungan dan kebaikan jangka panjang pilihan yang korang buat tu. Lagi-lagi kalau melibatkan masa depan korang dan orang tersayang. 

Kalau masih teragak macam mana nak buat, AIA Malaysia sedia bantu korang buat pilihan yang terbaik untuk kehidupan yang lebih terjamin!

AIA komited untuk bantu korang semua membuat pilihan yang betul dan sesuai!

Untuk pengetahuan korang, AIA Malaysia telah melancarkan satu kempen Subscribe To A Better Life dimana korang boleh akses laman web yang informatif untuk melihat pelbagai pilihan produk dan tawaran AIA dalam bentuk filem dan rancangan TV. Macam mana tu?

Ha…selalu korang tengok movie boleh pilih-pilih cerita yang korang nak tengok kan? Sama lah macam kempen AIA buat ni. Interface dan streaming yang mereka buat sama macam korang nak subscribe cerita untuk korang tengok. 

Dekat situ korang boleh pilih mana mana kad untuk ketahui produk dan tawaran insurans yang mana sesuai untuk life korang.

Dari kesihatan, keluarga, kewangan, pelancongan, semuanya ada…Korang tinggal klik je!

Bukan itu saja, Datuk Nicol David pun ada bekerjasama dalam kempen ini

Macam yang korang tahu, bekas pemain skuasy Datuk Nicol David merupakan seorang yang komited dalam apa jua perkara yang beliau lakukan termasuklah memilih  gaya hidup yang sihat, luangkan masa yang berkualiti bersama keluarga serta memberi inspirasi buat semua untuk menjadi lebih baik.

Beliau bekerjasama dengan AIA dalam kempen ini untuk memberi inspirasi buat rakyat Malaysia agar membuat pilihan yang terbaik dalam kehidupan mereka.

Jom Subscribe To A Better Life sekarang untuk mencapai aspirasi hidup korang!

Diharapkan dengan kempen seperti ini dapatlah memberi inspirasi dan pilihan kepada lebih ramai lagi rakyat Malaysia untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna. 

Nak tengok pilihan atau Subscribe To A Better Life yang ada di AIA Malaysia, korang boleh layari laman web mereka di SINI.

SKIP THIS AD ×