berita

Nak Buat Majlis Kahwin ‘Grand’ Tapi Takut Muflis, Bekas Model Minta Tetamu Bayar RM16K Kalau Nak Datang Majlis

June 30th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Seorang wanita berasal dari United Kingdom merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran. Namun, apa yang uniknya adalah tetamu perlu membayar jika mereka ingin menghadiri majlis tersebut.

Minta tetamu bayar RM16,000

Menerusi laporan Daily Star, wanita berkenaan yang merupakan bekas model, Carla Bellucci sebelum ini pernah viral gara-gara membuat rawatan hidung. Namun, kali ini timbul pula isu lain di mana tetamu akan dikenakan bayaran untuk menghadiri majlis perkahwinannya bersama lelaki pilihan iaitu Giovanni.

Walau bagaimanapun, Carla berharap dapat menjimatkan wang dengan memastikan agar keluarga dan rakan-rakan membayarnya. Dia turut mencadangkan supaya 30 orang tetamu membayar dengan jumlah £100 (RM533) untuk hadir ke majlisnya itu dan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak £3,000 (RM16,000).

Difahamkan, majlis perkahwinannya itu ‘memakan’ kos sebanyak £40,000 (RM37,330). Malah ibu kepada empat cahaya mata itu menjangkakan tetamu akan membelanjakan wang mereka sehingga £2,000 (RM10,667) untuk penerbangan serta penginapan sempena majlis yang bakal dilangsungkan di Cape Verde.

Saya mahukan yang terbaik daripada segala-galanya. Tapi tak nak lepas majlis saya jadi muflis. Jadi saya beritahu 30 tetamu saya yang mereka perlu menyumbang sebanyak £100 (RM533) setiap seorang supaya kami dapat jimatkan sedikit wang.

30 tetamu setuju bayar

Ujarnya lagi, pada setakat ini, 30 tetamunya itu telah bersetuju untuk membayar dan dia meluahkan rasa gembira kerana berjaya menjimatkan wang dengan kerjasama daripada mereka.

Saya suka mengadakan perkahwinan impian saya dan orang lain akan membayarnya.

Sumber : Daily Star

SKIP THIS AD ×