berita

Nak Buat Personal Loan Patuh Syariah? Ini Platform Best Untuk Pilih Bank Pembiaya Terbaik!

October 22nd, 2019 | by Asyraf Khalib
Sponsored Post

Kami yakin ramai dekat sini runsing macam mana nak dapatkan personal loan yang halal dan patuh syariah. Di Malaysia boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan ada menawarkan personal loan islamik. Tapi, bila dah banyak sangat pun jadi keliru jugak kan?

So, kami nak share 5 tips mudah untuk korang dapatkan bantuan kewangan lebih cepat dan diyakini halal dari awal proses permohonan sehingga ke proses akhir. Paling best, hanya dengan satu platform, semua boleh setel!

1. Pembiayaan bukan pinjaman

Sebelum kita berbincang lebih jauh, korang kena tahu ‘pinjaman’ adalah istilah yang kurang tepat kerana dalam sistem kewangan Islam, ia adalah pembiayaan. Dalam erti kata lain, tak ada ‘pinjaman secara Islam’.

Tapi, bukan setakat istilah saja yang berbeza, mekanisme yang terlibat juga berbeza tau. Semua tawaran pembiayaan peribadi termasuk proses permohonannya perlu mematuhi hukum syariah dan bebas daripada:

  • Riba – Amalan pemberian pinjaman dengan kadar faedah yang tinggi
  • Haram – Perniagaan yang melibatkan perjudian, alkohol, tembakau, pornografi & jual beli lain yang dianggap tak Islamik
  • Gharar – Jualan spekulatif atau berisiko di mana nilai itu diragui atau tak dapat dipastikan
  • Zulm – Aktiviti & amalan yang eksploitatif, menindas atau kejam

2. Cari platform yang betul

Langkah paling mudah, korang kena cari platform atau saluran yang betul. Platform yang kami sarankan ialah AsSidq.com sebab ia adalah sebuah platform aplikasi pembiayaan yang benar-benar halal dan patuh syariah.

AsSidq.com diuruskan oleh Sedania As Salam Capital Sdn Bhd (anak syarikat Sedania Innovator Berhad) dan ia merupakan salah satu peneraju utama dalam platform pembiayaan Islam di Malaysia.

As-Sidq ni bukan bank tau. Platform ni sebenarnya boleh bantu korang cari produk kewangan terbaik dari rakan kongsi institusi kewangan mereka. Pendek kata, korang boleh mencari, bandingkan dan memohon pembiayaan kewangan dengan serta merta di AsSidq.com dan biar mereka uruskan segalanya untuk korang.

Sehingga kini, As-Sidq mempunyai rekod prestasi melebihi 400,000 transaksi bernilai RM37 bilion! Perkhidmatan berlandaskan syariah sepenuhnya ini diintegrasikan dalam sistem atas talian dan kini berkolaborasi dengan lebih daripada 50 institusi kewangan di Malaysia.

3. Kelulusan pembiayaan dalam masa satu atau dua hari je!

Tak sama seperti agregator pembiayaan lain, AsSidq.com memproses permohonan korang terlebih dahulu sebelum memberikan maklumat kepada institusi kewangan. So, proses permohonan jadi lebih cepat dan korang berpeluang untuk terima wang pembiayaan dengan lebih pantas.

Paling penting, kalau korang apply loan melalui AsSidq.com, korang akan dapat 100% wang pembiayaan daripada jumlah yang diluluskan tanpa sebarang potongan sama seperti pembiayaan terus dengan bank.

Nak kelulusan cepat? Pastikan dokumen korang lengkap dan semua borang yang diperlukan telah diisikan dengan betul. Korang boleh membuat permohonan terus di sini.

4. Kad kredit Islam pun ada!

Bagi yang mencari kad kredit berlandaskan prinsip syariah, AsSidq.com pun boleh bantu korang tau! Semua kad kredit yang dipadankan oleh AsSidq.com bebas daripada amalan yang bertentangan dengan perundangan Islam. Faedah (riba) dan caj berlebihan (gharar) dah tentu dilarang.

Paling penting, kad kredit ini hanya boleh digunakan untuk transaksi halal saja. Apa-apa percubaan untuk menggunakannya bagi produk atau perkhidmatan yang tidak dibenarkan dalam Islam, seperti membeli alkohol atau perjudian, dilarang sama sekali dan akan disekat oleh pengeluar kad. Faham tak tu?

5. Dipantau penasihat syariah

Sama seperti produk perbankan Islam lain yang dikawal ketat di Malaysia, pembiayaan yang ditawarkan melalui AsSidq.com juga dipantau oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia. Ini adalah jawatankuasa yang memastikan semua pinjaman peribadi Islam di Malaysia mematuhi prinsip syariah.

Penasihat Syariah dilantik berdasarkan pendidikan mereka dalam bidang kewangan islam. Justeru itu semua urusan beli hanya boleh dilakukan apabila diterima oleh badan penasihat syariah. Lebih yakin kan guys!

Mohon pembiayaan peribadi korang sekarang!

Kalau korang ada merancang nak buat pembiayaan peribadi atau kad kredit yang patuh syariah, boleh terus apply melalui AsSidq.com sebab segalanya lebih mudah, cepat dan yang paling penting halal!

Sebarang maklumat lanjut tentang produk yang ditawarkan oleh AsSidq.com, korang boleh layari laman sesawang AsSidq.com sekarang juga.