Pempengaruh media sosial, Aireena Sofia, kembali mencuri perhatian selepas memuat naik hantaran penuh emosi yang sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen.

Artikel Berkaitan: ‘Selama Ini Saya Hidup Dalam Hubungan Toksik, Yang Baik Hanya Dalam Kamera’ – Haqiem Stopa

Artikel Berkaitan:  Haqiem Stopa Didakwa Ciplak Resepi Orang, Isteri Terkilan Anak Kena Tempias – ‘Dunia Terlalu Kejam Buat Adik’

Terpulang

Menerusi muat naik di Threads, Aireena yang juga merupakan isteri kepada pempengaruh terkenal, Haqiem Stopa berkata dia tidak kisah sekiranya dilabel ego, asalkan maruahnya dan anaknya terjaga.

Nak cakap ego ke apa, terpulang. Saya utamakan maruah diri dan anak dulu.

Dalam perkongsian yang lain, Aireena, 21, meminta orang ramai agar mendoakan yang terbaik untuknya.

Doakan saja yang baik baik untuk saya dan anak saya.

Itu saja yang saya minta.

Perkongsian itu kemudiannya mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya mendakwa hantaran itu berkaitan dengan Haqiem.

Sebelum ini, timbul dakwaan rumah tangga pasangan itu dikatakan sedang dilanda masalah.

Bagaimanapun, tiada penjelasan yang diberikan daripada kedua belah pihak berhubung dakwaan tersebut.

Untuk rekod, pemilik nama Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 25, dan Aireena berkahwin pada Oktober tahun lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Hud.

Sumber: Threads