berita

Nak Cantik Punya Pasal, Gadis 16 Tahun ‘Ketagih’ Buat Pembedahan Plastik Sebanyak 100 Kali

January 29th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Foto: Odditty Central

Di Beijing, China, seorang gadis yang baru berusia 16 tahun, dipercayai gemar melakukan pembedahan plastik terhadap wajahnya. Menerusi laporan Odditty Central, gadis yang dikenali sebagai Zhou Chuna itu merupakan individu paling muda yang ‘ketagih’ melakukan pembedahan tersebut.

Lebih mengejutkan, dia telah menjalani lebih daripada 100 prosedur invasif kosmetik sejak tiga tahun yang lalu demi mendapatkan wajah yang cantik.

Ingin wajah seperti anak patung

Foto: Odditty Central

Menurut laporan tersebut, Zhou Chuna merupakan seorang influencer kerana dia mempunyai 300 ribu pengikut di platform Sina Weibo. Zhou yang gemar melakukan pembedahan plastik itu sering mempengaruhi pengikutnya agar melakukan transformasi yang ekstrem daripada seorang gadis normal kepada individu berwajah seperti anak patung.

Kisah Zhou mula menjadi bualan ramai apabila dia membuat pendedahan mengenai jumlah pembedahan plastik yang sudah dilakukan olehnya bagi mendapatkan wajah seperti anak patung. Ujar Zhou, walaupun mengalami beberapa kesan sampingan yang teruk, dia masih menganggap pembedahan yang dilakukan itu sangat berbaloi. Antara kesan yang teruk dan terpaksa dihadapinya adalah hilang ingatan dan parut kekal.

Sering diejek rakan

Foto: Odditty Central

Zhou turut berkongsi sebuah cerita di mana dia seorang yang hodoh sebelum melakukan pembedahan plastik. Di samping itu, dia sering diejek oleh rakan-rakan kerana memiliki saiz mata yang terlalu kecil dan hidung terlalu besar. Tidak tahan dengan gurauan dan dimalukan sebegitu, Zhou nekad mengubah wajahnya.

Setakat ini, Zhou telah membelanjakan 4 juta yuan iaitu bersamaan RM2.5 juta untuk menjalani kesemua pembedahan plastik. Kebanyakan wang yang digunakan itu merupakan hasil titik peluh ibu dan ayahnya yang merupakan peniaga.

Sumber: Odditty Central

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×