berita

Nak Cantik Tapi Bajet Kurang? Jom Cuba Petua Masker Betik Ini, Confirm Cerah & Gebu

March 6th, 2019 | by Arini Saleh
Make-It-Senang

Setiap wanita pasti mengimpikan kulit muka yang cantik dan sempurna tanpa sebarang cela. Kulit muka yang licin bukan sahaja mampu meningkatkan keyakinan diri malah membuatkan diri rasa bahagia.

Selain daripada penjagaan kulit muka seperti memakai pencuci yang sesuai dan pelembab, masker dari bahan semula jadi turut membantu mendapatkan kulit yang cerah dan gebu. Jom try petua daripada Mastura Rashid ini!

Kos kurang RM3

PETUA KULIT MUKA CERAH DAN GEBU

Betik memang tinggi vitamin C. Siapa rajin makan betik setiap pagi bukan saja perut dia lawas, tapi kulit pun cantik cerah berseri.

Masalahnya, larat ke kau makan sebiji betik tu sampai senak-senak perut?

Kalau makan 10 biji pil vitamin C sehari pulak, takut akan bagi kesan sampingan, betul tak?

Bukan buah pinggang saja boleh bermasalah, perubahan di kulit pun tak nampak perbezaan sangat. Silap-silap, sakit gastrik juga bertambah teruk.

Jadi, fiona kongsi petua ni dengan kos kurang RM3 untuk:

BAHAN:

1/2 biji betik
Jus 1 biji limau nipis
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis

Kisar semua bahan dan gosokkan di muka

CARA BUAT:

Kisar semua bahan. Masukkan dalam bekas bersih dan simpan dalam peti sejuk. Tahan hingga seminggu.

CARA GUNA:

Basahkan muka.
Ambil 1 sudu besar bancuhan betik tadi, masukkan dalam kain bersih.
Gosok muka dengan kain. Biarkan pati betik bercampur jus limau nipis tu rata ke seluruh muka.
Buat 2 kali sehari.

EFEK:

Kulit muka yang berminyak akan jadi lebih bersih. Pori besar akan mula mengecut. Jerawat mula sembuh. Dan tompok hitam mula memudar.

Kayu manis pula bertindak sebagai antibakteria, dan pemudar jeragat di muka. Jus limau nipis mengecutkan pori, dan membantu minyak di muka lebih terkawal.

Betik yang mengandungi enzim semulajadi bernama papain membantu pengelupasan kulit secara semulajadi.

Panduan untuk kulit berminyak

Jadi, akhirnya, dapatlah kau kulit secerah sang suria, selembut sutera dan segebu pau kaya.

Nak resipi dan petua lebih rare dari bahan dapur, baca jelah ebook Wajah Cantik Tanpa Suplemen. Cara uji jenis kulit, diet sesuai, teh herba cantik semua ada.

Tekan je link panduan wajah cantik ini.

http://nak.la/panduanwajahcantik

Good luck!

Sumber : Mastura Rashid

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×