berita

Nak Cari Platform Yang Power Untuk Berniaga? Boleh Cuba Yang Ni, Bisnes Confirm Letop Wehh!

July 12th, 2023 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Nak merancang strategi pemasaran dalam talian ni, korang kena tahu dan faham tujuan dan sasaran perniagaan korang. Pastikan korang tahu matlamat perniagaan contohnya menjual produk atau perkhidmatan, tarik pelanggan baru dan juga meningkatkan kesedaran jenama.

Selain itu, korang kena tahu macam mana nak tingkatkan jualan, trafik dan pengikut agar perniagaan korang lebih berjaya. Jadi, kalau korang tengah cari platform yang tepat untuk berniaga, kami rekomen yang ini!

Nak tahu platform apa dan kenapa ia berhasil? Korang kena baca sampai habis! 

1. Peningkatan trafik untuk video dan livestream

Kalau nak jual beli barang ni, mestilah korang nak kena berinteraksi dengan pelanggan kan? Tapi, kalau dah berniaga dalam talian ni macam mana nak tarik mereka untuk beli produk korang?

Jangan risau, platform ini boleh bantu untuk tingkatkan trafik melalui video dan live streaming tau! Bila dah dapat buat video dan live, ramai lah pelanggan akan mula kenal dan tahu dengan produk korang tu. Lagi banyak video content menarik dan live yang korang buat, lagi besar peluang untuk orang kenal dan rasa nak cuba produk korang!

2.Boleh ke berniaga kalau tak ada follower?

Semua peniaga yang nak cuba majukan perniagaan atau pun yang baru cuba-cuba nak berniaga, korang memang dialu-alukan untuk berjualan di platform ini. 

Nak tau kenapa? Ini kerana platform ini telah menyediakan peluang untuk korang mempromosikan jenama dan produk korang melalui video pendek. Lagi banyak dan kerap video korang buat, ia akan menaikkan lagi follower korang. 

Jadi, dari situ orang akan tahu tentang jenama dan produk yang korang jual, power kan! 

3. Tak kira jenama tempatan atau antarabangsa, boleh saja pasarkan produk korang

Selain itu, platform ini juga langsung tak terbatas apabila melibatkan dunia pemasaran. Dari produk dari jenama tempatan hingga ke antarabangsa semuanya boleh!

Yang penting korang kena mulakan dan cuba apa saja yang mungkin membantu buat bisnes korang suskses.

4. Pelbagai golongan umur menggunakan platform ini

Bukan itu saja, salah satu langkah untuk perniagaan mencapai pasaran yang tinggi adalah dengan menarik pelbagai golongan umur untuk tahu dan mencuba produk korang.

Disebabkan platform ini mempunyai pengguna yang ramai, ia akan memberi peluang yang sangat besar untuk korang kembangkan jangkauan pasaran tu. Korang juga boleh menarik pelanggan baharu yang boleh meningkatkan jualan.

5. Ada banyak latihan, panduan dan kerjasama dari mereka

Menariknya platform ni, sebelum korang nak mula berniaga atau pun dah pening macam mana nak tingkatkan jualan serta konsisten dalam jualan harian, mereka ada memberikan panduan, latihan yang mungkin akan berhasil untuk korang tau!

Korang juga boleh join kempen-kempen yang mereka sediakan dengan pelbagai insentif yang ditawarkan  seperti program penghantaran percuma, baucar, diskaun dan banyak lagi. Kalau dah jumpa formulanya, tunggu dan lihat saja pengikut dan jualan korang mesti bertambah.

Korang kena ambil peluang ni, TikTok Shop merupakan aplikasi dan platform yang berpengaruh!

Kalau korang nak tahu, aplikasi TikTok sedang berkembang dan menjadi trend sekarang dengan pantas. Satu kelebihan di TikTok ini ialah, ia bermula sebagai sebuah aplikasi video berdurasi pendek yang menyeronokkan dan positif yang dicipta dan digunakan oleh semua orang di seluruh dunia. 

Aplikasi ini juga telah menjadi pencetus inspirasi kreatif dan membawa keceriaan buat semua pengguna. Maka ciri-ciri untuk menjadikan sesebuah post korang untuk naik itu memang sudah ada pada TikTok

Jadi, kedai dan produk korang sebenarnya lebih mudah menarik perhatian di TikTok berbanding di platform-platform yang lain! Para usahawan dekat luar sana kalau korang nak kembangkan lagi perniagaan korang, bolehlah mula dengan TikTok Shop

Jenama antarabangsa Maybelline New York ini bukti jenama yang boleh berkembang di pasaran tempatan!

Lepasni korang tak perlu risau dah sebab TikTok siap bagi strategi dan idea untuk naikkan bisnes korang tau! Korang boleh tengok contoh dari produk antarabangsa iaitu Maybelline New York. Mereka merupakan jenama kosmetik global nombor satu dan boleh didapati lebih 129 negara di seluruh dunia.

Ia menawarkan lebih daripada 160 produk, Maybelline New York menggabungkan formula berteknologi maju dengan kepakaran mengikut aliran untuk mencipta kosmetik yang boleh diakses dengan kelebihan yang sangat cool, moden dan bergaya.

Objektif utama jenama Maybelline New York adalah untuk lebih dekat dengan pelanggan terutamanya Gen Z. Jadi, TikTok berikan peluang dan sasaran yang tepat untuk jenama ini untuk lebih dikenali.

Salah satu produk mereka yang popular adalah Maskara Sky High & Super Stay Vinyl Ink & Tattoo 48H Eyeliner! 

Sejak Maybelline New York terlibat dalam platform TikTok pada Julai 2022, pengikut mereka telah meningkat sehingga 200 ribu tau! Ini kerana mereka sentiasa menyediakan konten menarik dan juga livestream yang menghiburkan setiap hari!  

Maybelline New York rasa bahawa platform TikTok adalah platform yang sentiasa menjadi titik sentuh untuk mereka melibatkan diri dengan pengguna Gen Z.

Maybelline New York juga sebagai Official Makeup Partner akan bersama-sama bekerjasama bagi memeriahkan lagi acara muzik tahunan iaitu Good Vibes Festival pada tahun ini yang akan berlangsung dari 21-23 Julai nanti. 

Ini adalah penampilan kali pertama dari Maybelline New York dan ia akan menjadi sebahagian daripada acara yang diterajui muzikal di Malaysia. 

Fuh, korang mesti excited kan! Sebelum korang nak get ready pergi ke konsert tu, boleh check it out TikTok Maybelline New York untuk tutorial makeup, tips atau pun produk apa yang korang boleh pakai untuk solekan dan penampilan korang pada hari itu nanti kan! 

Kalau korang nak tahu, Maybelline New York sangat teruja dalam penglibatan ini dan terus akan memberikan pengalaman solek yang terbaik dengan mengadakan tutorial makeup, festival hacks, tiket, giveaway dan pelbagai lagi dalam “Maybelline House” di Good Vibes Festival itu nanti! 

Jadi, kalau korang taknak terlepas, jangan lupa follow TikTok Maybellline New York tau! 

Jenama COSRX juga dapat tarik perhatian global dengan lebih 1.9billion tontonan di TikTok! 

Untuk pengetahuan korang, COSRX merupakan produk penjagaan kulit. Mereka mencipta video sederhana dan bukannya video komersial, yang telah terbukti menghasilkan interaksi yang lebih baik dan kadar klik (CTR) yang lebih tinggi.

Sebelum ini cabaran yang dihadapi oleh COSRX adalah mereka ingin kembangkan perniagaan mereka di Malaysia, tetapi platform media sosial itu sangat terhad. Jadi, untuk tingkatkan lagi jenama mereka dan dikenali dengan dengan lebih meluas, mereka cuba dan mula dengan platform TikTok. 

Target mereka adalah dalam kalangan golongan muda dan mereka merupakan golongan yang sentiasa aktif di sosial media. Oleh itu, ia akan lebih mudah untuk mereka perkenalkan dan kembangkan jenama COSRX. 

Walau bagaimanapun, strategi itu tak berhasil sebab mereka sebenarnya mahukan pelanggan mereka untuk berkongsi pengalaman, ulasan dan cadangan tentang produk COSRX ini dengan orang lain.

Jadi, bagi mengatasi masalah ini, COSRX mula join TikTok Shop dan mereka telah memanfaatkan platform dan kuasa TikTok ini untuk mengembangkan jenama dan jangkauan baharu pengguna mereka. 

COSRX telah melihat platform TikTok Shop ini sebagai platform yang sesuai dengan jenama mereka. Bukan itu saja, ia juga menawarkan rangkaian yang luas kepada golongan muda dan membolehkan mereka mencipta kandungan yang lebih kreatif. 

Di samping itu, COSRX juga menggunakan kumpulan pencipta tempatan Malaysia untuk meningkatkan kesedaran tentang produk mereka. Semasa Hari Jenama COSRX di TikTok Shop Malaysia, mereka turut mengadakan creator ranking competiton yang menampilkan creator-creator dari Malaysia.

Melalui pemasaran seperti ini, COSRX dapat menarik perhatian pengguna-pengguna dengan tontonan lebih 1.9billion di TikTok. Mereka melihat bahawa platform seperti TikTok Shop ini sejajar dengan nilai jenama produk mereka. Ia menawarkan jangkauan yang luas, boleh cipta kandungan kreatif dan menyediakan peluang untuk bekerjasama dengan influencer.

Disebabkan populariti yang ada dan semakin meningkat, mereka boleh manfaatkan dan mempromosikan jenama dengan lebih berkesan dan memacu perniaagaan mereka dengan jangka masa yang lebih panjang.

Jadi, kalau korang rasa nak cuba kembangkan perniagaan korang dalam platform yang betul dan berjaya seperti jenama-jenama antarabangsa? Jom mula menjual di TikTok sekarang!

SKIP THIS AD ×