berita

Nak Cari Smart Home Yang Ada 5 Bilik & Selesa Tapi Tak Tahu Kat Mana? Nasib Baik Adena, Nada Alam Ada!

May 17th, 2023 | by Syamirul
Kini Trending

Korang mesti pernah luangkan masa untuk cari maklumat atau tanya pendapat orang tentang pembelian rumah betul tak? Mana taknya, keputusan beli rumah ialah keputusan besar dalam hidup tau.

Beli rumah bukan satu proses yang mudah terutama untuk korang yang beli rumah pertama. Korang kena tahu matlamat beli rumah, proses dan sebagainya.

Haih pening betul lah nak cari rumah yang sesuai!

Haaa…Nasib baik ada Adena, Nada Alam ni tau. Untuk pegetahuan korang, project perumahan ini dibangunkan oleh Seri Pajam Development.

Reka bentuk rumah berkonsep open space & sesuai untuk seisi keluarga!

Korang tahu tak yang reka bentuk rumah ini berkonsepkan open space di mana bahagian tengah rumah merupakan ruang utama yang boleh dikatakan agak besar dan membolehkan korang untuk bergerak secara bebas dan selesa.

Untuk siapa-siapa yang suka buat decoration tu memang syok lah sebab ruangnya yang luas. Ini baru betul ‘Home Sweet Home’! 

Sebenarnya terdapat 2 jenis design untuk unit Adena, Nada Alam ni tau.

Antaranya ialah :

1. Unit bersaiz ’22 X 70′

Unit ini mempunyai 5 bilik tidur dan 5 bilik mandi.  Design rumah ini juga berkeluasan 2628 kaki persegi hingga 2736 kaki persegi.

Bukan itu je, ia juga didatangkan dengan private balcony dan korang mampu memuatkan 2 biji kereta pada masa yang sama. Memang luar biasa ni guyss!

2. Unit bersaiz ’22 X 95′ Super-Linked Home

Unit ini mempunyai 5 bilik tidur dan 4 bilik mandi.  Design rumah ini juga berkeluasan 2628 kaki persegi hingga 2736 kaki persegi.

Ada lagi guyss, setiap unit didatangkan dengan private garden tau. Siapa yang suka bercucuk tanam tu unit ni memang sesuai untuk korang.

Mesti korang tertanya-tanya berapa biji kereta boleh muat dalam satu masa kan? Haaa…Jawapan dia setiap kediaman mampu memuatkan 3 biji kereta sekali gus, siap ada socket untuk EV charging lagi. Ini memang luar biasa!

Pssttt…Korang tahu tak yang 2 design untuk unit di Adena, Nada Alam ni juga dilengkapi dengan smart home features seperti smart doorbell, smart light switches, digital lock dan banyak lagi. Ini baru betul segalanya berada dihujung jari!

Adena, Nada Alam dari Seri Pajam Development ni memang khas buat korang yang tengah cari rumah yang lebih selesa, mewah dan penuh dengan fasiliti yang serba lengkap.

Mesti mahal kan? Bagi min lah kan, harga yang mereka tawarkan untuk kedua-dua design ni boleh dikatakan masuk akal, dengan apa yang mereka tawarkan untuk kita tau.

Rumah yang penuh dengan teknologi masa kini, selesa, luas dan mewah. Min tak rasa korang boleh cari rumah yang macam ni dengan harga yang mereka dah tawarkan. Heheh!

Persekitaran yang selesa & keselamatan terjamin!

Apa yang menarik tentang Adena, Nada Alam ni ialah persekitaran yang selesa untuk korang mahupun seisi keluarga untuk meluangkan masa bersama.

Persekitaran yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk laluan jogging yang luas dan bersih, tempat permainan kanak-kanak, outdoor gim, dan tempat nak BBQ pun tersedia tau. Best kan?

Kalau gini lah gayanya, bukan setakat kanak-kanak je suka silap-silap orang dewasa pun naik syok dengan kemudahan yang serba lengkap ni.

Paling penting security kat sini memang tip-top tau! Bukan sebarangan orang boleh masuk kawasan ni dan setiap visitor akan diperiksa dengan teliti sebelum dibenarkan masuk!

Selain itu, ia dilengkapi dengan pemantauan keselamatan 24 jam siap ada security guard yang akan ronda setiap masa. Mantap!

Mereka memang sangat menjaga privacy dan keselamatan setiap penduduk di situ. Baru lah rasa selamat sikit kan!

Lokasi yang strategik

Setiap kali nak beli rumah benda pertama yang kita akan lihat mesti kawasan tu strategik atau tak kan? Bukan apa, kawasan yang strategik perlu ada dalam list kalau kita nak membeli rumah ni baru lah senang nak kesana kesini.

Nasib baik lah, Adena, Nada Alam boleh di katakan kawasan yang agak strategik sebab dekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) serta berada dalam kawasan projek Lembah Wawasan Malaysia (MVV) dan sebagainya.

Bukan setakat tu je, kedai-kedai serbaneka, hypermarket, mall macam Jaya Grocer, Aeon Mall pun tak jauh dari kawasan rumah tersebut. Senang lah kalau korang nak dapatkan barangan keperluan harian nanti.

Ia juga dikelilingi lebih dari 30 institusi seperti, INTI International University, Manipal University, Nilai International School dan sebagainya.

Apa yang min boleh cakap ialah, Adena, Nada Alam ni memang kawasan yang sempurna sebab korang akan dapat banyak manfaat bila duduk sini.

Tunggu apa lagi cepat booking sebelum terlambat!

Amacam guys excited nak beli tak? Kalau nak tahu menarik atau tak rumah di Adena, Nada Alam ni, korang jangan lupa untuk kunjungi show unit yang mereka sediakan, orang kata kita survey dulu sebelum buat keputusan.

Bak pepatah orang Inggeris ‘Home Is the Starting Place Of Love, Hope And Dreams’.

Nak contact person in charge? Haaa…Klik SINI untuk menghubungi mereka. Untuk maklumat lanjut korang boleh layari ke laman web rasmi Seri Pajam Development.

Cepat book sekarang sebelum terlambat, jangan cakap min tak bagi tau ya!

SKIP THIS AD ×