berita

Nak Cari Tempat Staycation Menarik Untuk Family? Jom Try Di AMI Mont Kiara Ala2 Perancis

June 27th, 2023 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Waktu weekend atau cuti panjang mesti ramai yang luangkan masa bersama orang tersayang. Lebih-lebih lagi bersama keluarga, kena la cari peluang untuk bonding. Baru la hubungan kekeluargaan tu bertambah erat.

Kalau korang berada di KL dan tak tahu nak pergi mana untuk bercuti seisi keluarga, kami cadangkan korang menginap sebuah hotel menarik ala kayangan di Mont Kiara. Hotel apa agaknya ya?

AMI Suites – hotel butik eclectic bergaya Perancis-retro, memang classy!

Ini hotelnya guys. AMI Suites ni kat Mont Kiara yang terletak di tingkat 31, bangunan Arte Mont Kiara bersebelahan dengan MATRADE. Tak susah pun cari sebab rupa bentuk bangunannya yang unik memang menarik perhatian.

AMI Suites adalah sebuah hotel butik eclectic yang dibina bercirikan bangunan Perancis-retro dengan dalaman berinspirasikan seni deko. Seronok buat staycation ringkas dengan family kat sini. Nak sambut hari istimewa seperti birthday dan anniversary pun okay sangat!

Apa yang kami boleh katakan, AMI Suites adalah hotel mesra keluarga terbaik untuk korang luangkan masa bersama yang tersayang. Nak tahu kenapa?

Ruang bilik yang cukup luas & selesa buat seisi keluarga

Ruang bilik di AMI Suites direka khas untuk memuatkan seisi keluarga dengan selesa. Tengok gambar pun korang boleh nilai sendiri. Cukup luas dan korang sekeluarga akan terasa seperti berada di rumah!

Jenis bilik paling kecil di AMI Suites iaitu Snug Studio boleh muat untuk 2 orang. Ada jugak pilihan bilik untuk memuatkan lebih ramai orang seperti Comfy Two Bedroom Suite untuk 4 orang dan Jumbo Three Bedroom Suite untuk 6 orang. Puas hati ah!

Bilik yang lengkap dengan peralatan persis di rumah

Tengok susun atur bilik penginapan di AMI Suites. Macam tak percaya ni hotel. Siap ada mesin basuh atau pengering dan dapur kecil yang dilengkapi dengan periuk induksi, peti sejuk, ketuhar gelombang mikro serta peralatan memasak. Boleh main masak-masak dengan family!

Selain mempunyai ruang tamu dan ruang makan berasingan, bilik penginapan di AMI Suites juga mempunyai Smart TV dengan WIFI berkelajuan tinggi, Netflix dan Youtube. Syok la boleh tonton movie bersama keluarga pada waktu malam.

Cipta memori indah bersama keluarga dengan fasiliti unik & menarik

Apa yang paling seronok bila menginap di AMI Suites? Ia memiliki pelbagai fasiliti untuk korang enjoy bersama yang tersayang. Bila waktu malam, gaya artistik dan lampunya buat suasana rasa out of your mind. Fuh!

Ini antara fasiliti terbaik yang cukup luar biasa di AMI Suites. Bila menginap di sini bersama keluarga, jangan lupa try semua!

  • Mosaic Poolpool seperti di tepi pantai dalam bangunan.

  • Sky Gymgym bermarmar hitam dan emas yang cukup bergaya.

  • Sky Poolpool atas bumbung dengan view yang menakjubkan.

  • Butterfly Mesh Garden – taman rama-rama seperti di alam fantasi.

  • Jacuzzi Pods – berendam dalam urutan hidro berlatarkan langit yang indah.
  • Rainbow Lounge – ruang santai yang penuh warna-warni.

  • Diamond Lounge – ruang majlis yang boleh menampung sehingga 60 tetamu. Sesuai untuk majlis istimewa seperti hari jadi, akad nikah, pertunangan dan baby shower. Untuk membuat tempahan, boleh e-mel ke [email protected] atau hubungi 03-6211 0188.

Jamu selera di ALLO by The Owls Café, sesuai dengan citarasa seisi keluarga

Eh, perut lapar la pulak! Nak makan kat mana ya? Kalau menginap di AMI Suites, tak payah susah fikir. Pergi je ALLO by the Owls Café. Kalau di luar, kafe hipster ni terkenal dengan pencuci mulut waffle yang paling sedap di KL.

Bila korang melangkah masuk ke dalam ALLO by the Owls Café, korang akan rasa wow. Rekaan kafe ni sumpah comel dengan warna pastel yang cukup moden. Nampak mewah tapi penuh dengan chic vibe!

Paling best, ALLO Café memenuhi citarasa dan pilihan orang dewasa dan kanak-kanak yang pelbagai. Sarapan dengan pelbagai menu utama bersama pilihan minuman yang dilengkapi pastri mini sungguh memikat selera.

Hidangan yang disajikan di sini penuh khasiat dan lazat. Menu kanak-kanak pun ada. Pastinya pengalaman menjamu selera menyeronokkan untuk seisi keluarga.

Lokasi hotel yang ideal dengan tarikan mesra keluarga

Nak tahu apa yang seronok apabila menginap di AMI Suites? Lokasinya sangat ideal kerana berhampiran tarikan mesra keluarga dan tempat rekreasi. So, korang sekeluarga boleh enjoy sepuasnya kat situ.

Antara tempat menarik yang korang sekeluarga boleh pergi berseronok seperti Solaris Mont Kiara, Bukit Kiara Park, Kids Nation at Kiara 163, Dinosaur Encounter di Pusat Sains Negara dan Perdana Botanical Park. Fuh, banyaknya!

Deko macam dalam kayangan, sangat insta-worthy!

Terpegun apabila melangkah masuk ke AMI Suites. Hiasan dalamnya, bukan minimalis, bukan moden. Tapi eclectic. Dalam bahasa mudah, rekaannya diambil dari banyak sumber dan digabungkan sekali sehingga harmoni. Sangat classy!

Apa yang kami boleh katakan, AMI Suites ni sejenis penginapan yang akan dinikmati oleh Instagrammer untuk bermalam. Jangan lupa ambil banyak gambar bersama yang tersayang ketika menginap di sini. Dekorasinya cukup mewah dan indah!

Begitu la sedikit sebanyak yang dapat kami kongsikan tentang AMI Suites. Senang cerita, kalau korang sekeluarga nak cari penginapan berkonsepkan aparthotel (apartment hotel) di KL, ini la tempatnya guys. Terasa privasi apabila menginap di sini.

Berminat untuk menginap beberapa malam di AMI Suites? Korang boleh layari https://www.amisuites.com untuk info lebih lanjut atau membuat tempahan.

Moga korang dapat nikmati momen yang indah bersama yang tersayang di AMI Suites!

SKIP THIS AD ×