berita

Nak Cashless Bila Travel Ke Luar Negara Tapi Tak Tahu Macam Mana? Meh Kami Ajar!

December 1st, 2023 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Travel ke luar negara memang seronok. Bila dah selalu dengan persekitaran yang sama di dalam negara, sekali-sekala nak jugak merasa berada di luar negara. Boleh dapat pengalaman baharu!

Lebih-lebih lagi sekarang dah nak hujung tahun 2023. Memang musim orang travel ke luar negara. Kita dah terbiasa cashless di Malaysia, tapi macam mana dengan negara luar? Masih boleh cashless ke?

Dah boleh cashless di Singapura, Thailand & Indonesia sekarang, guna Cross-Border DuitNow QR dalam aplikasi MAE je!

Siapa kat sini yang ada perancangan untuk travel ke Singapura, Thailand atau Indonesia nanti?

Korang dah boleh berbelanja dengan lebih mudah di luar negara. Sekarang fungsi Cross-Border DuitNow QR dah tersedia dalam aplikasi MAE tau.

Ini antara logo yang korang kena take note bila travel nanti. Nampak je kod QR daripada pembekal kod QR tempatan ni, boleh la cashless nanti!

  • Singapura – NETS
  • Indonesia – QRIS
  • Thailand – PromptPay

Hanya Imbas dan Bayar dengan aplikasi MAE, korang dah boleh buat bayaran tanpa tunai masa travel. Yay!

Lebih selesa & selamat, tak perlu bawak banyak wang tunai dah

Bila travel, pasti ada perasaan bimbang kalau tak cukup wang tunai di tangan semasa di luar negara. Tapi nak bawak banyak wang tunai pun takut jugak. Itu perkara biasa. Dah tak perlu risau guys!

Dengan adanya Cross-Border DuitNow QR, lepas ni korang dah boleh guna aplikasi MAE je untuk bayar guna kod QR secara terus di luar negara. Tak perlu lagi bawa wang tunai tambahan apabila travel ke Singapura, Thailand atau Indonesia. Syoknya!

Selain penukaran matawang segera secara automatik, korang akan rasa lebih selesa dan selamat dengan menggunakan Cross-Border DuitNow QR dalam aplikasi MAE. Lagipun tiada caj tersembunyi. Bagusnya!

Ini cara gunakan Cross-Border DuitNow QR dalam aplikasi MAE sewaktu travel

[LANGKAH 1]: Buka aplikasi MAE dan pergi ke tab ‘Scan’ di bahagian bawah

[LANGKAH 2]: Imbas kod QR peniaga.

[LANGKAH 3]: Masukkan jumlah yang perlu dibayar dalam mata wang asing dan sahkannya.

[LANGKAH 4]: Korang akan tengok kadar penukaran dan jumlah ringgit yang boleh ditolak dipaparkan. Kemudian, sahkan pembayaran.

[LANGKAH 5]: Benarkan pembayaran korang kalau lebih daripada RM250.

[LANGKAH 6]: Pembayaran berjaya. Maklumkan kepada peniaga bahawa pembayaran telah dibuat.

Mudah kan? So, korang dah boleh shopping sepuasnya sewaktu travel ke Singapura, Thailand dan Indonesia tanpa rasa risau. Seronok la!

Eh, bukan setakat tu je guys! Ada lagi benda menarik yang kami nak bagitahu korang ni.

Peluang memenangi percutian ke Bali atau Bangkok, siap ada wang perbelanjaan!

Bestnya! Hanya Imbas dan Bayar minimum RM150 dengan aplikasi MAE di Singapura (NETS), Thailand (PromptPay) atau Indonesia (QRIS), dan korang berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM10,000 daripada Maybank. Wow!

Seramai 10 orang pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi percutian berbayar selama 5 hari, 4 malam untuk 2 orang bernilai RM8,500 ke Bali atau Bangkok dan wang perbelanjaan RM1,500 akan dikreditkan ke dalam aplikasi MAE mereka. Hadiah lumayan macam ni mana boleh tolak!

Senang cerita, kalau korang nak travel ke Singapura, Thailand atau Indonesia nanti, jangan lupa gunakan aplikasi MAE untuk buat pembayaran tau.

Mana la tahu rezeki korang jadi pemenang bertuah tu. Dapat la merasa bercuti ke Bali atau Bangkok, salah satu tempat percutian menarik di Indonesia dan Thailand. Boleh ajak yang tersayang!

Jangan lupa ikuti perkembangan terkini Maybank di Instagram, Facebook, Twitter dan TikTok mereka. Untuk info lebih lanjut, boleh klik SINI.

Selamat bercuti dan jaga diri sewaktu travel ke luar negara guys!

*Ini adalah dengan kerjasama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet).

SKIP THIS AD ×