berita

Nak Cepat Kaya, Doktor Jual Organ Mayat Kemalangan Jalan Raya Di Pasaran Gelap

December 1st, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Profesion sebagai seorang doktor sering dipandang mulia oleh masyarakat. Mereka ini sanggup berkorban masa dan tenaga bagi memastikan pesakit yang dirawat kembali sembuh seperti sedia kala. Namun, di Beijing, China, sekumpulan doktor bertindak ‘kejam’ dengan menjual organ pesakitnya demi meraih keuntungan yang cepat.

Jual organ semula

Foto: Mirror UK

Memetik laporan Mirror UK  sekumpulan doktor sanggup mengambil organ mangsa kemalangan jalan raya, kemudiannya menjual semula. Organ-organ itu dijual semula di pasaran gelap demi meraih keuntungan yang cepat. Susulan daripada kegiatan tersebut, empat daripada enam doktor itu sudah dikenakan hukuman penjara. Masing-masing telah dipenjara antara 10 hingga 28 bulan.

Dilaporkan 11 orang mangsa yang meninggal dunia semasa kemalangan jalan raya atau mengalami pendarahan otak, organ mereka telah dikeluarkan sebelum dipasarkan di pasaran gelap. Ketika kejadian, doktor ini telah mengeluarkan bahagian hati dan buah pinggang mangsa di dalam sebuah ambulans palsu.

Sebelum ini, pegawai perubatan yang bertanggungjawab dalam kegiatan tersebut, cuba meyakinkan waris si mati untuk menandatangani perjanjian pendermaan organ rasmi palsu.

Diketuai 2 pakar

Foto:Mirror

Perbuatan terkutuk tersebut rupa-rupanya diketuai oleh dua pakar perubatan yang dikenali sebagai Huang Xinli dan Lu Sen. Sebelum ini, mereka berdua berkhidmat dalam bidang pendermaan organ di hospital masing-masing. Kejadian ‘terkutuk’ mereka berjaya dihidu apabila seorang waris, Shi Xianglin mendakwa hati dan buah pinggang ibunya telah didermakan tanpa persetujuan daripada pihaknya.

Perkara tersebut disedarinya apabila dia tidak dapat menemui nama ibunya dalam senarai daftar penderma organ rasmi di negara tersebut. Susulan daripada itu, dia terus membuat laporan kepada pihak berkuasa kesihatan dan undang-undang.

Terdahulu, suspek sempat memberikan 200,000 Chinese Yuan (kira-kira RM123,687.37) kepada sepupu Shi sebagai pampasan berikutan pengambilan organ ibu saudaranya.

Sumber: Mirror UK

SKIP THIS AD ×