berita

Nak Cepat Kaya, Doktor Terpedaya Beli Lampu Aladdin Berharga RM172 Ribu

November 2nd, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Foto: BBC

Dua lelaki ditangkap kerana dikatakan mereka telah memperdaya seorang doktor hingga membeli sebuah lampu ajaib ‘Aladdin’ yang menjanjikan kekayaan dan kesihatan, di Meerut, Uttar Pradesh, India baru-baru ini.

Doktor tersebut terpedaya dengan tawaran kekayaan dan kesihatan yang dikatakan boleh dimiliki oleh kedua-dua lelaki itu. Lampu ‘Aladdin’ itu pada awalnya diminta bayaran sebanyak RM830,200 tetapi setelah tawar-menawar, mereka bersetuju untuk menjualnya pada harga RM172,681.

Seru ‘jin’ daripada lampu Aladdin

Foto: The Times Of India

Menurut laporan BBC, doktor itu terpedaya selepas mereka berpura-pura menyeru ‘jin’ daripada lampu itu seperti dikisahkan dalam kisah terkenal itu.

Kejadian bermula ketika seorang doktor bernama Laeek Khan, bertemu dengan pesakit bernama Sameena, yang mendakwa bahawa dia adalah ibu kepada kedua-dua lelaki tersebut. Doktor itu merawat wanita tersebut selama sebulan. Setelah sekian lama merawat wanita itu, kedua-dua lelaki itu bercerita tentang kemampuan mereka dalam melakukan ritual mistik.

Jumpa jin ‘Aladdin’ depan mata

Foto: Google

Menurut doktor itu, dia pernah melihat jin ‘Aladdin’ benar-benar menjelma di hadapannya tanpa menyedari bahawa yang menjelma itu sebenarnya seorang daripada lelaki yang memperdaya doktor itu.

Setelah membuat aduan, dua lelaki tersebut ditangkap oleh pihak polis Meerut. Difahamkan kegiatan mereka tidak lagi asing selepas terlibat dalam kes penipuan keluarga lain menggunakan taktik yang sama.

Sumber: BBC

SKIP THIS AD ×