berita

‘Nak Coldplay & Khai Bahar Datang Konsert Saya’ – Aina Abdul

September 30th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Aina Abdul

Penyanyi dan komposer Aina Abdul berseloroh mengatakan dia mahu band terkenal dari Eropah iaitu Coldplay untuk hadir menyaksikan konsert A Night With Aina Abdul 3.0 pada 18 November depan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aina Abdul ‘Balas Dendam’ Lepas Adlin Aman Ramlie Komen Fesyen Macam ‘Mak Cik’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Mahu Kecewakan Pasangan’ – Aina Abdul Jawab Khabar Angin Sedang Bercinta

Coldplay & Khai Bahar

Ketika ditemui OhBulan!, Aina berkata ia kebetulan band tersebut berada di Malaysia bagi konsert jelajah mereka iaitu Coldplay Music of The Spheres.

Saya nak Coldplay la datang, sebab waktu konsert saya berlangsung, tarikh berdekatan itu mereka ada di Malaysia juga untuk konsert mereka.

Selain Coldplay, pemilik nama lengkap Nurul Aina Abdul Ghani, 30, turut berharap rakan seindustri iaitu penyanyi Khai Bahar untuk hadir sama pada konsert tersebut.

Saya pun teringin nak ada Khai Bahar datang pada konsert saya. Sebabnya untuk dua konsert A Night With Aina Abdul sebelum ini tak dapat nak nyanyi lagu duet kami Nafas Cinta, harap kali ini dia sudi untuk datang perform lagu itu. Nyanyi yang versi AJL 36.

Sementara itu disoal mengenai fesyen yang bakal ditampilkan, pelantun lagu Terus Hidup itu berkata, akan ada banyak kejutan buat penonton termasuk busana yang bakal digayakannya.

Peminat kena datang untuk kejutan-kejutan yang akan dipersembahkan termasuk busana-busana saya.

Akan ada banyak persalinan dan yang pasti setiap penampilan saya mahu pastikan orang ingat dan akan cakap “wow”, beri impak.

Tapi tetap perlu menjaga supaya bersesuaian dengan konsert. Saya cakap dengan stylist saya nak cantik je, supaya tiada lagi kecaman, penat sebenarnya.

Aina bakal mengadakan konsert berskala besar berjudul A Night With Aina Abdul 3.0 pada 18 November 2023 dan memilih dewan Axiata Arena, Bukit Jalil sebagai lokasinya.

Tiket konsert mula dijual dengan harga RM98 (Silver), RM188 (Gold), RM258 (Platinum), RM288 (VIP), RM358 (VVIP) dan RM458 (MIP) bermula 15 September 2023 di www.aina.abdul.my.

SKIP THIS AD ×