berita

Nak Dapatkan Bulu Mata Lentik & Syantik? Korang Kena Amalkan Tips Yang Senang Ni!

November 5th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trendy

Semua wanita mesti mengidamkan bulu mata yang panjat, lebat dan lentik kan. Untunglah korang yang dah sedia ada bulu mata yang panjang. Tak perlu susah-susah nak lentikkan atau pakai maskara.

Sesetengah orang mengambil alternatif lain seperti memakai bulu mata palsu untuk menampakkan bulu mata lebih panjang. Sebenarnya korang boleh dapatkan bulu mata yang cantik dan panjang tanpa habiskan banyak duit.

Mudah je caranya!

1. Petroleum jelly

Kredit: Hipwee

Selain untuk melembapkan bibir, petroleum jelly yang korang selalu pakai tu juga boleh melebatkan bulu mata tau. Caranya mudah je, korang kena sapu dekat bulu mata korang setiap malam sebelum tidur.

Kredit: The Cut

Untuk memudahkan, korang boleh gunakan berus maskara lama yang tak digunakan lagi, kemudian basuh sampai bersih dulu. Selepas tu korang letak sedikit petroleum jelly kat berus maskara tu dan terus sikat bulu mata korang.

2. Minyak zaitun & minyak castor

Kredit: everettk.com

Kedua-dua jenis minyak semula jadi ni mempunyai kelebihan masing-masing. Ia juga berkesan untuk memanjangkan bulu mata korang. Campurkan 1-2 titik minyak zaitun dan castor dalam mangkuk kecil.

Kredit: Minyak Jarak

Sama je macam petroleum jelly, korang cuma perlu sapukan kat bulu mata perlahan-lahan, jangan sampai kena mata tau. Pakai setiap malam sebelum tidur dan korang akan nampak hasilnya bulu mata lebih lebat.

3. Teh hijau. Bukan untuk kurus je okay!

Kredit: bbcgoodfood

Untuk pengetahuan korang, khasiat teh hijau ni bukan saja baik untuk badan, tetapi juga berfungsi untuk memanjangkan bulu mata. Haa.. tak tahu kan?

Kredit: fashionsense.bg

Lepas bancuh air teh tu, uncang dia jangan buang dulu. Sebaliknya korang tekapkan kat bahagian mata selama 10-20 minit. Ataupun korang boleh sapukan sedikit air teh tu pada bulu mata sebelum tidur. Esoknya korang cuci muka macam biasa.

4. Pelembap bibir

Kredit: Google

Wahh.. bagus juga pelembap bibir ni, dua dalam satu fungsinya! Selain memanjangkan, ia juga boleh melentikkan bulu mata.

Kredit : Tenor

Dengan menggunakan jari, sapukan sedikit pelembap bibir kat bulu mata dan ratakan supaya kena setiap helaian bulu mata korang. Buat sebelum tidur setiap hari. Pastikan korang berhati-hati, jangan gunakan pelembap bibir yang ada menthol tau. Kang tak pasal-pasal pedih mata!

5. Urut keliling mata

Cara yang paling mudah adalah urutan di sekeliling mata korang. Urutan tu boleh membantu meningkatkan pengedaran darah, membaikpulih nutrisi bulu mata serta merangsang pertumbuhan bulu mata.

Kredit: Zenjoy

Mulakan dengan mencuci tangan korang. Tangan kena bersih tau nak pegang mata! Sapukan sedikit minyak zaitun atau minyak kelapa dara pada jari kemudian urut di sekeliling kelopak mata dan di kawasan bulu mata korang tumbuh.

Korang boleh lakukan sekerap yang mungkin setiap minggu dan lihat hasilnya.

6. Vitamin E

Vitamin E mengandungi antioksida yang membantu pertumbuhan serta menguatkan rambut, termasuklah bulu mata kita.

Caranya korang ambil kapsul vitamin E, pecahkan kemudian sapukan minyaknya pada bulu mata. Biarkan selama 3-4 jam atau semalaman. Hasilnya, bulu mata yang menawan!

Rutin penjagaan bulu mata juga termasuklah membuang makeup sebelum tidur dan menjaga diet dan pemakanan korang. Cara menjaga bulu mata sama je macam menjaga rambut sebenarnya. Tips-tips diatas tidak menjamin hasil yang cepat jadi korang kena lah bersabar ye. Tapi hasilnya pasti worth it!

 

Sumber: Style CrazeBright SideOne Good Thing By Jillee

 

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×