berita

Nak Elak Makanan Bergoreng? Ini Resepi Kukus, Panggang & Bakar Yang Sihat

October 10th, 2018 | by faris
MyResipi

Biasanya kalau sebut saja makanan sihat, mesti terbayang makanan hambar, tawar dan tak sedap kan? Sudahlah perlu berlapar, makan pula macam itu, mana tak stres.

Kami senaraikan 5 resepi panggang, stim dan bakar yang lazat untuk korang cuba. Sedap sampai terangkat!

Ayam belanda panggang madu satay

Asyik makan sate saja, rasakan perbezaan dengan gabungan keenakan  sate dan rasa madu yang manis berempah. Lepas ini, sudah pastinya tak perlu lagi pesan sate kalau ke kedai makan, buat sendiri saja semuanya. Lagi murah, seisi keluarga pun puas makan.

http://myresipi.com/recipes/ayam-belanda-panggang-madu-perisa-satay

Ayam panggang rempah

Di mana-mana saja ada jual nasi kukus dengan ayam goreng berempah. Untuk mengelakkan minyak yang tentunya tidak elok dari sudut kesihatan, kita panggangkan saja! Masih juicy tapi kesedapan ayam dan rempah masih sama, malahan lagi sihat, itu yang paling utama.

http://myresipi.com/recipes/ayam-panggang-rempah

Ikan dori panggang

Dah bosan dengan ayam dan daging? Ini resepi ikan dori panggang pula. Tak hanya sedap dan sihat, ikan dory juga kaya dengan Omega 3. Zat ini mengekalkan kesegaran ikan dan keadaan isinya, sekaligus kita juga akan mendapat manfaat sama apabila memakannya. Mai kita try?

http://myresipi.com/recipes/ikan-dori-panggang

Bawal stim ala Thai

Biasanya dimasak masam manis, masak 3 rasa dan digoreng, untuk pilihan lebih sihat, boleh cuba masak cara stim. Apa yang pasti keaslian rasa manis ikan masih kekal ditambah pula dengan aroma bahan perapan untuk menjadikan hidangan enak terkata.

http://myresipi.com/recipes/bawal-stim-ala-thai

Ayam bakar tandoori

Kalau makan di mamak, juadah ini pastinya masuk dalam list yang menjadi kegemaran semua. Apatah lagi bila dimakan dengan naan. Tapi kali ini apa kata cuba buat sendiri, confirm lagi puas hati makan, banyak dan yang penting berbaloi-baloi!

http://myresipi.com/recipes/ayam-bakar-tandoor

The following two tabs change content below.

faris

Content champion at Rev Asia
Self-proclaimed foodie yang mahu salam cium tangan pencipta Horlicks Mcflurry.

Most Read Today