berita

‘Nak Fitnah Pun Agak-Agaklah’ – Nabil, Jihan Balas Dakwaan Sombong Jutawan Kosmetik

November 20th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Seorang usahawan kosmetik dan bekas penaja sebuah program realiti anjuran Astro telah memuat naik sebuah video di akaun Instagram rasminya. Video disertakan kapsyen berbaur kecewa ini telah menarik perhatian pengacara terkenal Nabil Ahmad meninggalkan komen pedas dan mengungkit hutang yang belum dijelaskan bekas penaja itu.

Bagaimanapun, pengacara Jihan Muse juga terpalit dengan tuduhan usahawan kosmetik ini di mana kedua pengacara ini tidak menegur dan pandang pada bekas penaja pada malam konsert tersebut.

Usahkan tegur, pandang pun tidak

Pengasas produk Qu’Puteh meluahkan rasa kecewa di media sosial apabila mendakwa kehadirannya pada malam akhir konsert Gegar Vaganza itu ibarat tetamu tidak diundang. Walaubagaimanapun, menurut Nabil Ahmad menerusi laporan mStar, dia mendakwa ramai penonton dan rakan media melihat pasangan pengacara ini menegur bekas penaja tersebut semasa commercial break.

Kalau nak fitnah pun agak-agaklah, kalau cakap kami tak tegur ramai kat depan tu yang nampak kami panggil. Saya tegur dia dan sempat melambai atas pentas lagi. Dia masuk dewan ketika program sudah mahu berakhir. Tapi tak apalah kalau dah fitnah kami nak buat macam mana. Tidak mengapalah, Allah maha mengetahui.

Cumanya, kalau ada benda yang tak puas hati, boleh hubungi saya terus, tak perlu nak tulis dekat laman sosial sehingga netizen menghina saya kerana benda yang tak betul macam itu.

Kalau ada masalah, boleh whatsapp ye

Ternyata Nabil Ahmad lantang meninggalkan komen pedas sebegini di ruangan video yang dimuatnaik usahawan kosmetik itu. Nabil menjelaskan hutang tersebut bukanlah berkenaan dengan projek Gegar Vaganza tetapi ianya adalah projek luar yang pernah dilakukannya bersama bekas penaja Gegar Vaganza itu.

Ya, dia masih belum bayar hutang saya yang mencecah puluhan ribu ringgit sejak dua tahun lalu. Ia projek dan kerjasama antara kami sebelum ini. Dah lama saya tunggu.

Sejujurnya, saya tak heran sangat tentang duit itu tapi saya geram apabila dia fitnah kata saya tak tegur dia masa di Konsert Akhir Gegar Vaganza 5. Sebab itu saya tinggalkan komen isu hutang itu di video Instagramnya, selama ini saya tak pernah kisah tentang hal itu.

Kita bertentang empat mata masa tu

Ini pula respon pengacara Jihan Muse yang sempat dimuatnaik dan dikongsikan menerusi IG Story akaunnya. Pengacara ini juga menceritakan kembali situasi sewaktu dia menegur bekas penaja itu semasa berada di dalam dewan.

Sumber: NabilZira, Jihan Muse, mStar 

SKIP THIS AD ×