berita

‘Nak Harapkan RM100 Duit Hafidz Bagi Pun Culas Tiap Bulan’ – Nurul Shuhada

October 19th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Nurul Shuhada Hafidz Roshdi

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mendakwa bekas suaminya culas membayar nafkah anak selama dua bulan.

Artikel Berkaitan: ‘Bukan Gambar Privasi Pun, Sesiapa Boleh Cari Dekat Google’ – Nurul Shuhada Nafi Masih Tak Move On

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Boleh Delete, Tukar Gambar Lain Sebelum Saya Ambil Tindakan’ – Hafidz Roshdi

Culas bayar nafkah

Nurul Shuhada

Shuhada ketika dihubungi OhBulan! berkata, disebabkan itu dia perlu bekerja untuk mencari rezeki buat dua anaknya, Umar dan Humairah.

Saya cari rezeki untuk anak-anak. Iya lah tanggungjawab saya sebagai seorang ibu kena jaga anak bagi yang terbaik untuk anak anak.

Saya bersusah payan seorang diri, nak harapkan RM100 sorang yang Hafidz bagi duit tiap bulan tu pun culas, dah dua bulan tak kasi susah jugak la.

Dalam masa sama, Shuhada atau nama lengkapnya Nurul Shuhada Mat Shukri menafikan dirinya masih tidak ‘move on’ dengan bekas suami.

Sekolah Humairah pun dah RM1,000, jadi maksud move on bagi saya adalah saya boleh ketawa dan bergelak dengan apa yang berlaku pada saya dengan rasa tenang dan tiada dendam, itu move one.

Bukannya delete semuanya dan simpan dendam dekat bekas suami sebab dia masih bapa kepada anak-anak saya.

Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 namun sah bercerai pada 27 Julai lalu.

Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun.

SKIP THIS AD ×