berita

Nak Hidup Bahagia Dengan Teman Wanita, Bapa Campak Dua Anak Dari Tingkat 15 Rumah Flat

January 1st, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Gara-gara mahu menjalani kehidupan baharu bersama teman wanita, seorang lelaki yang juga bergelar bapa tergamak membunuh dua orang anak kandungnya.

Teman wanita desak suruh bunuh anak-anak

Foto: Suspek dan teman wanita

Memetik laporan Daily Mail, suspek yang dikenali dengan nama Zhang Bo berusia 27 tahun telah mencampak dua anaknya yang berusia dua dan satu tahun dari sebuah pangsapuri tingkat 15 di Chongqing, China. Berikutan daripada itu, kanak-kanak perempuan disahkan maut di tempat kejadian manakala kanak-kanak lelaki pula meninggal dunia tidak lama kemudian akibat kecederaan parah.

Difahamkan, suspek nekad bertindak sedemikan kerana teman wanitanya, Ye Chengchen enggan berkahwin dengannya jika dia mempunyai anak. Oleh hal demikian, wanita itu mendesak lelaki itu untuk ‘menyingkirkan’ kedua-dua mangsa. Tidak terhenti di situ, wanita terbabit kemudian memotong pergelangan tangannya kononnya mahu menunjukkan kekecewaan kerana tidak dapat membina kehidupan baru bersama suspek.

Konon tak sedar anak terjatuh

Foto: Kedua-dua mangsa

Tanpa berfikir panjang, suspek nekad mencampakkan kedua-dua anaknya keluar dari tingkap sebelum berlari ke bawah untuk menunjukkan kesedihan dengan apa yang berlaku. Semasa perbicaraan di mahkamah, suspek pada awalnya mendakwa bahawa dia sedang tidur ketika mangsa ‘terjatuh’ dari tingkap dan hanya tersedar selepas terdengar jeritan orang ramai.

Namun pendakwa raya yakin ianya hanyalah lakonan semata-mata untuk menutup perbuatan kejamnya itu. Suspek akhirnya mengaku dia berkomplot dengan teman wanitanya untuk membunuh anak-anak itu supaya mereka boleh membina keluarga baharu tanpa anak hasil perkahwinannya dahulu.

Difahamkan, suspek menjalinkan hubungan dengan teman wanitanya ketika dia masih lagi berkahwin dan wanita itu merupakan punca perceraian dengan bekas isterinya.

Sumber: Daily Mail

SKIP THIS AD ×