Dalam dunia moden yang sentiasa bergerak pantas, waktu seolah-olah berlalu tanpa kita sedar. Namun, di sebalik kesibukan itu, keindahan teknologi kini hadir memberi kemudahan yang mendekatkan kita semula kepada ketenangan ibadah.

HUAWEI kini memperkenalkan satu inovasi istimewa buat umat Islam di Malaysia, aplikasi Waktu Solat Malaysia yang kini boleh diakses terus melalui HUAWEI Wearables, termasuk siri terbaharunya, HUAWEI WATCH GT 6.

Aplikasi ini dibangunkan khas untuk pengguna di Malaysia, menjadikannya pelengkap sempurna bagi mereka yang ingin menyeimbangkan gaya hidup moden dengan tuntutan spiritual.

Dengan hanya satu sentuhan di pergelangan tangan, waktu solat, arah kiblat dan rujukan doa kini sentiasa tersedia untuk anda capai bila-bila masa, di mana jua.

Solat tepat waktu, di mana sahaja

Fungsi utama aplikasi ini ialah memaparkan waktu solat tepat mengikut lokasi korang, memudahkan pengguna menunaikan kewajipan walau dalam rutin harian yang padat.

Bagi model terpilih seperti HUAWEI WATCH 5 dan HUAWEI WATCH ULTIMATE 2, pengguna turut boleh menikmati fungsi penunjuk arah kiblat eksklusif, amat berguna ketika dalam perjalanan jauh atau ketika melancong.

Bukan itu sahaja, aplikasi Waktu Solat Malaysia turut memuatkan rujukan doa harian dan kandungan Islamik yang boleh dijadikan panduan untuk memperkukuh amalan seharian.

Ia benar-benar direka untuk memberi ketenangan dan kemudahan kepada pengguna Muslim masa kini.

Smartwatch bergaya, fungsi hebat

Kalau korang jenis yang suka nampak bergaya tapi dalam masa sama nak ada teknologi canggih, HUAWEI WATCH GT 6 Series memang padan sangat dengan korang.

Rekaan dia elegan dengan aerospace-grade titanium alloy dan kaca sapphire yang tahan calar. Sekali pandang pun dah nampak eksklusif.

Bateri pun tahan lama, boleh tahan sehingga 21 hari tanpa perlu cas hari-hari. Korang juga boleh pantau kesihatan secara menyeluruh, dari tidur, tekanan, kadar denyutan jantung sampai ke tahap emosi.

Bagi yang suka bersenam, ada lebih 100 mod sukan untuk dipilih.

Yang paling best, korang boleh buat bayaran terus dengan TNG QR Payment, guna MyBorderPass bila travel dan balas mesej WhatsApp terus dari jam tangan. Semua dalam satu peranti, memang lengkap!

Tawaran menarik untuk korang!

Kalau korang tengah plan nak beli smartwatch baru, sekarang masa terbaik sebab setiap pembelian HUAWEI WATCH GT 6 Series datang dengan hadiah percuma bernilai RM446.

Berbaloi sangat! Tambahan pula, jam ni boleh guna dengan Android dan iOS, jadi tak kisah jenis telefon apa pun, korang tetap boleh enjoy semua fungsi hebat ni.

huawei

Nak tahu apa yang lagi menarik? Korang tak perlu pening kepala langsung nak guna aplikasi Waktu Solat Malaysia ni. Semuanya boleh siap dalam masa kurang dari satu minit!

Langkah-langkahnya pun mudah sangat:

  1. Semak dulu sama ada HUAWEI Watch korang serasi dengan aplikasi ni.
  2. Buka HUAWEI Health App kat telefon dan pastikan jam korang dah disambungkan.
  3. Cari ‘Waktu Solat Malaysia’ dalam senarai aplikasi dan ikut je langkah pemasangan.

Dan tadaa! Sekelip mata je korang dah boleh semak waktu solat, arah kiblat, serta doa harian terus dari smartwatch. Tak payah buka telefon pun dah boleh tahu semua, memang canggih habis!

Sentuhan islamik dalam gaya hidup moden

HUAWEI bukan sekadar bawa teknologi, tapi bawa makna dalam setiap inovasi.

Dengan Waktu Solat Malaysia App di HUAWEI Watch, korang boleh rasai sendiri pengalaman Islamik moden yang penuh makna terus di pergelangan tangan korang.

Jom dapatkan HUAWEI Watch ini sekarang! Boleh beli di sini.